Nufnang Advs

Friday 24 May 2013

Selamat Hari Wesak 24th May 2013

Anda Tahu Pasal Hari Wesak?!

Salam 1Malaysia. Hari ni, 24th May 2013 adalah hari cuti untuk rakyat Malaysia. Anyway, speaking of Hari Wesak or Vesak Day, tak ramai yang tahu dan saya confirm, ramai yang ingat Hari Wesak ini adalah hari untuk penganut Hindu instead of Buddha! Kan?!

Apa itu Hari Wesak

1. Hari Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan Gautama Buddha. Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka.
2. Dirayakan untuk memperingati 3 peristiwa penting iaitu Kelahiran Siddharta Buddha, hari dimana Siddharta Buddha mendapat ilham agung dan hari beliau mangkat.
Gautama Buddha juga dikenali sebagai pengasas agama Buddha di lahirkan di India.
Apa mereka buat pada Hari Wesak
1. Macam agama-agama lain, mereka akan berkumpul di kuil-kuil untuk bersembahyang dan member penghormatan kepada Buddha. Melafaskan semula Tisarana (Tiga Perlindungan daripada kesengsaraan dan ketidakpuashatian duniawi iaitu: Buddha, Dhamma dan Sangha) untuk memperbaharui komitmen mereka pada ajaran Buddha.
2. Selepas sembahyang, mereka akan melepaskan burung merpati dan lebih afdol, mereka member makan kepada orang-orang miskin dan sedekath kepada para tokcha atau sami.

Bila ia dirayakan

Pada bulan Mei waktu bulan terang purnama.

No comments:

Post a Comment