Nufnang Advs

Wednesday 29 May 2013

Lebihan penonton: FAM tetapkan tarikh baru perlawanan Pahang-JDT



Perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim yang sepatutnya berlangsung di Stadium Darul Makmur akhirnya terpaksa ditangguhkan ekoran kehadiran penyokong yang terlalu ramai hingga melimpah masuk ke dalam kawasan perlawanan.



Perlawanan yang sepatutnya bermula pada pukul 8:45 malam tertangguh lebih sejam apabila penyokong menceroboh masuk ke kawasan perlawanan yang terletak beberapa meter daripada padang, sekaligus menimbulkan kebimbangan pihak penganjur terhadap tahap keselamatan.

Meskipun pada mulanya wakil PDRM (OCPD Kuantan) mengumumkan perlawanan selamat diteruskan, namun kekecohan ditambah pula dengan insiden membaling objek dari luar stadium hingga membahayakan kumpulan penyokong JDT.

Kejadian itu menyebabkan beberapa penyokong JDT cedera kerana terkena balingan objek dari tempat duduk.

Akhirnya, pihak pengurusan mengumumkan perlawanan ditunda dan ia jelas menghampakan peminat yang hadir di stadium mahupun yang mengikuti siaran langsung di televisyen.  

No comments:

Post a Comment