Nufnang Advs

Wednesday 29 May 2013

Lebihan penonton: FAM tetapkan tarikh baru perlawanan Pahang-JDT



Perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Takzim yang sepatutnya berlangsung di Stadium Darul Makmur akhirnya terpaksa ditangguhkan ekoran kehadiran penyokong yang terlalu ramai hingga melimpah masuk ke dalam kawasan perlawanan.



Perlawanan yang sepatutnya bermula pada pukul 8:45 malam tertangguh lebih sejam apabila penyokong menceroboh masuk ke kawasan perlawanan yang terletak beberapa meter daripada padang, sekaligus menimbulkan kebimbangan pihak penganjur terhadap tahap keselamatan.

Meskipun pada mulanya wakil PDRM (OCPD Kuantan) mengumumkan perlawanan selamat diteruskan, namun kekecohan ditambah pula dengan insiden membaling objek dari luar stadium hingga membahayakan kumpulan penyokong JDT.

Kejadian itu menyebabkan beberapa penyokong JDT cedera kerana terkena balingan objek dari tempat duduk.

Akhirnya, pihak pengurusan mengumumkan perlawanan ditunda dan ia jelas menghampakan peminat yang hadir di stadium mahupun yang mengikuti siaran langsung di televisyen.  

Saturday 25 May 2013

Jom Heboh 2013

Jom Heboh 2013

Yang Penting Kita Enjoy! Kita jumpa di Karnival Jom Heboh Putrajaya @ 25th May, 2013 & 26th May, 2013.


Semoga Doanya Dimakbulkan Di Hadapan Kaabah..Sahabatku.

BFF - Bee Linda; Faizal Ghazali & Ismail Talib.

Hari ini aku rasa seolah olah kehilangan seorang sahabat yang selalu menjadi tempat untuk bercerita segala macam tentang diri aku & cerita tentang stress aku. Aku bersama suami janji dengan Faizal (debab) utk bersama sama mengiringi niat baik sahabatku Ismail (Gebu) bagi menunaikan umrah. Walaupun sedih tapi aku akur dengan kehidupan kami yang sudah berubah tapi apa yang penting ialah kami masih lagi keluar & plan for next coming outing walaupun masing2 sibuk dengan kerja & kehidupan masing. Aku sering meminta pertolongannya sekiranya memerlukan bantuan dari segi kehendak customer.Alhamdulillah, dia selalu menolong.

Jadi, sewaktu beberapa hari sebelum berangkat ke tanah suci kami telah berbual. Gebu telah menyatakan hasrat utk berlepas pada 24th May, 2013. Setelah hampir 1/2 tahun plan akhir hasratnya tercapai utk pergi bersama keluarganya, cuma aku & faizal masih belum berkesempatan untuk pergi bersama. Namun, niat di hati dah set..InsyaAllah dalam masa terdekat akan aku & debab pergi juga ke tanah suci itu.

Yang sedihnya hari ini, gebu seakan terlalu sedih sehinggan tidak dapat menamoung air matanya yang turun mencurah curah membuatkan aku & faizal turut merasa sebak & sedih sangat2.

Apa2 pun didoakan agar segala doamu tercapai dihadapan kaabah & pulang dengan selamatnya. Amin.



Friday 24 May 2013

Selamat Hari Wesak 24th May 2013

Anda Tahu Pasal Hari Wesak?!

Salam 1Malaysia. Hari ni, 24th May 2013 adalah hari cuti untuk rakyat Malaysia. Anyway, speaking of Hari Wesak or Vesak Day, tak ramai yang tahu dan saya confirm, ramai yang ingat Hari Wesak ini adalah hari untuk penganut Hindu instead of Buddha! Kan?!

Apa itu Hari Wesak

1. Hari Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan Gautama Buddha. Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka.
2. Dirayakan untuk memperingati 3 peristiwa penting iaitu Kelahiran Siddharta Buddha, hari dimana Siddharta Buddha mendapat ilham agung dan hari beliau mangkat.
Gautama Buddha juga dikenali sebagai pengasas agama Buddha di lahirkan di India.
Apa mereka buat pada Hari Wesak
1. Macam agama-agama lain, mereka akan berkumpul di kuil-kuil untuk bersembahyang dan member penghormatan kepada Buddha. Melafaskan semula Tisarana (Tiga Perlindungan daripada kesengsaraan dan ketidakpuashatian duniawi iaitu: Buddha, Dhamma dan Sangha) untuk memperbaharui komitmen mereka pada ajaran Buddha.
2. Selepas sembahyang, mereka akan melepaskan burung merpati dan lebih afdol, mereka member makan kepada orang-orang miskin dan sedekath kepada para tokcha atau sami.

Bila ia dirayakan

Pada bulan Mei waktu bulan terang purnama.

Thursday 23 May 2013

Jom Bina Aset (Rumahku Syurgaku)

Wah dasat tul rumah yang berharga $2,000,000,000. Cuba convert RM..hmm...baper tu yer...banyak kosong x?? hm..rumah ke? cam bangunan jew. Kalau tinggal sorang-sorang berani ke? Merujuk kpd forbes.com Dengan ketinggian 550 kaki dan 400,000 kaki persegi. Rumah yang mendapat 85% sentuhan tukang-tukang dari India, ada 6 lot parking...cubala bayangkan pulak berapa biji kereta tuan rumah ni ada. Tuan rumah ni namanya Mukesh Ambani, dan sememangnya the billion, trillionare...yang kelima terkaya di dunia. Walaweh...camanela dorang leh kaya camni...?