Nufnang Advs

Tuesday 4 February 2014

::CUIT SIKIT:HIDUP LUAR BIASA::

Assalamualaikum kepada semua pembaca..

Alhamdulillah semalam baru balik dari Seminar Hidup Luar Biasa anjuran Richwork Sdn Bhd yg membawakan speaker terbaik Asia, Dr Azizan Osman (DAO). Saya cuma nak sharing dengan anda beberapa nasihat berkaitan hidup dan kewangan untuk panduan kita bersama.

Saya YAKIN setelah membaca semua pesanan ini anda tidak boleh tidak, PASTI akan mencari potensi anda dalam dunia perniagaan ini dan SOAL HIDUP anda 10 tahun akan datang. Sila baca dengan teliti dan terbuka. Jangan sabotaj diri anda sendiri dengan MENAFIKAN perkara benar yg berlaku dalam hidup anda atau anda tidak mahu BERUBAH untuk kualiti hidup yg lebih baik.

Antara perkongsian yg diberikan:

1- TAKZIAH kepada anda yg suka hidup SELESA (comfort zone) tetapi tidak mau bina hidup yang LEBIH SELESA (better zone). Anda lebih baik jadi HAMBA MANUSIA dari jadi manusia!

Selesa dengan apa yg ada, itu bagus...TAPI :
i) Selesa SANGATKAH kalau duit gaji yg masuk hanya bertahan sehari untuk bayar hutang sebulan yg lalu...hari kedua bank statebank dah tinggal bawah dari RM 200?

ii) Selesa SANGATKAH kalau sebelum membeli apa2 barang anda terpaksa berkira-kira untuk membelinya takut2 OVER BUDGET untuk bulan tu?

iii) Selesa SANGATKAH kalau hendak menghulurkan RM 100 untuk ibu bapa pun hanya ikhlas separuh hati?

iv) Selesa SANGATKAH kalau hendak beri sedekah RM 5 pun anda bersoal siasat orang yg meminta kepada anda seperti polis?

v) Selesa SANGATKAH kalau anda perlu main 'kutu' semata-mata untuk dapatkan impian beg tangan anda 3 bulan dari sekarang?

vi) Selesa SANGATKAH kalau nak berkahwin pun terpaksa berhutang dengan perjanjian selesai bayaran untuk 10 tahun akan datang?

Nak ikhlas bagaimana kalau anda sendiri tersepit dalam gaung hutang anda. Saya tak kata anda, saya sendiri begitu, cuma saya 'tersedar' awal. Saya usaha untuk UBAH hidup saya!! saya tak nak lagi hidup BIASA-BIASA. Saya nak jadi manusia LUAR BIASA. Nak tau caranya..nanti saya terangkan.
Lihat, timbang dan nilaikan sendiri..Your life your choice!
2-Saya tanya anda sekarang, berapa gaji graduan lulusan diploma? Tentu ramai akan jawab antara RM 900 hingga RM 1200 dan paling tinggi RM 1500. Saya nak tanya anda, siapa yg tentukan hanya sebanyak itu nilai diri mereka dengan segulung diploma sedangkan yg tentukan semua tu adalah lecturer2 mereka dan  pihak industri di sekeliling mereka yg menguasai bidang2 berkaitan. 

Buka mata anda, lihat sendiri siapa Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari, budak lulusan SPM je kot.....tapi sekarang adalah antara orang yg TERKAYA di Malaysia...SPM ok tapi yg diploma kita letakkan potensi yg khusus untuk mereka. Serendah itukah nilai mereka sedangkan anda tau berapa hutang PTPTN yg ditanggung untuk dapatkan sekeping kertas Diploma tu....RM 72 000 untuk bidang kejururawatan, tak kurang RM 50 000 untuk bidang kesihatan, RM 30 000 untuk bidang rekreasi dan hospitaliti.... Saya tau sebab saya lecturer dan anda juga tau kerana mungkin ANDA juga yg menanggung hutang tu!!!

3-Ibu bapa sentiasa mahukan yg TERBAIK untuk anak-anaknya TETAPI mereka hendak berikan yg terbaik berdasarkan apa yg mereka tahu. Sedangkan mereka tidak tahu bahawa banyak lagi yg mereka tidak tahu. Kalau anda faham bagus. Kalau tak faham, sini saya terangkan.

Maksud saya, setiap kali kita buat keputusan untuk hidup pasti ibu bapa akan berikan pendapatnya yg dianggap terbaik sedangkan BUKAN. Buktinya lihat sekeliling kita. Apabila anaknya ingin menyambung pelajaran, tentu dicadangkan sekian kerja dengan detail gajinya. Mana ibu bapa tu tahu, sebab anak rakan sebelah rumahnya begitu...Kalau yg sebelah rumah tu kerja Jururawat, maka si ibu atau bapa akan cadangkan untuk kerja jururawat juga, katanya senang dapat kerja nanti ditambah dengan elaun yg agak banyak bagi sesetengah orang tambah lagi dengan kerja membantu orang, mulia kerja tu!!

Kadang-kala yang dikatakannya,"Engkau kerja kerajaan je lah..Mak tengok anak si Bedah tu bukan main senang, baru setengah tahun tau kerja dengan gomen tu". Betul tak? Sebab perubahan 'TERBAIK' ibu bapa itu berdasarkam maklumat terkini yang dia dapatkan, bukan dari sumber yg benar. Nak sumber dari mana lagi kalau dah nabi sendiri jamin 9/10 rezeki adalah dalam PERNIAGAAN, bukan makan gaji.

Orang yang berbisnes boleh dapat apa yg orang biasa dapat setelah berhempas pulas puluhan tahun hanya dalam masa tak sampai setengah tahun...Sebabnya dia TAHU cara, ada MENTORnya, tinggi IMPIANnya dan sanggup MENCUBA sesuatu yg luar biasa.

4-Kita lihat hidup kita yg BIASA. Kita ulang alik ke tempat kerja BIASA dengan kerja yg BIASA kita lakukan setiap hari. Kita lalu jalan yang BIASA sejak bertahun-tahun lamanya dengan kenderaan yg BIASA kita naiki dengan sikap BIASA yg kita amalkan, bila jalan je, kita menjerit kemarahan, bila jalan tenang , kita meroket tanpa pandang kiri kanan. Maklumlah...nak cepat sampai ke rumah BIASA kita. Lama mana tu? Mungkin hingga kita PENCEN atau MATI!!!


Jangan salahkan kerja BIASA anda, salahkan siri sendiri kerana tidak nampak PELUANG yg lalu di depan mata. Hendak jadi LUAR BIASA? Kurangkan yg biasa kita lakukan. Itu nasihat orang BERJAYA...Buat sesuatu yg luar biasa kerana jika otak anda ditrain untuk melakukan yg BIASA2, nanti dia tak mampu terima perubahan yg LUAR BIASA secara tiba-tiba.

5-Jika hari ini gaji anda RM 2000 - 2500 sebulan dan saya berikan anda RM 25 000...Apa yg anda akan lakukan untuk jumlah sebesar itu?

Saya cuba jawab soalan ini untuk anda...Saya pasti anda akan HABISKANNYA untuk kereta anda, pakaian dan aksesori anak-anak anda, membeli barangan di mall yg gah, barangan rumah yg kurang dan pelbagai lagi.

Mengapa dihabiskan? Sebab anda hanya BIASA dapat dan belanja RM 2000-2500 sahaja. So bila dapat RM 25 000, apa yg otak anda lakukan, HABISKAN juga..kerana KEBIASAANNYA setiap jumlah yg anda dapat, anda HABISKAN untuk bayar hutang dan memenuhi pelbagai impian BIASA yg ditangguhkan hingga anda berwang.

Orang yg LUAR BIASA gunakan jumlah ini untuk MELABUR bukan MENGHABIS. Bagaimana nak melabur kalau ilmu pelaburan tiada. Tiada pula mentor yg baik dan ingin benar-benar membantu serta sistem pelaburan yg baik. Bisnes adalah jalan terbaik....TETAPI adakah anda sanggup MENCABAR diri untuk itu??? Ini soal penting. Hendak melakukan perkara yg LUAR BIASA bukan tindakan orang biasa tetapi itu tindakan BERANI MATI ORANG YG LUAR BIASA.


6-Konsep SYUKUR Islam vs SYUKUR orang Melayu.
Konsep syukur dalam Islam adalah berdasarkan apa yg Allah ajar dalam kitabNya," Jika kamu bersyukur kepadaKu, aku akan tambahkan lagi (rezeki) untukmu" manakala konsep syukur orang Melayu..."Syukurlah apa yg ada sekarang, nak kejar mana, semua MATI juga nanti, TAK BAWA apa pun kecuali yg dibuat atas tikar sejadah tu je".

Nampak tak? Buka mata luas-luas. Nampak tak?! Syukur orang Melayu mematikan usaha TETAPI syukur orang Islam menghidupkan pelbagai usaha. Mengapa tidak? Orang Islam diajar usahalah untuk hidup di atas dunia seumpama anda hidup untuk 1000 tahun dan sekiranya anda inginkan rezeki bertambah, sila bersyukur dan berusaha lagi. Tanda bersyukur itu adalah USAHA.

Lihat solat kita. Bukankah difardhukan 5 kali sehari, selama umur kita di dunia. Bukankah solat itu tanda syukur, tetapi kenapa hingga seumur hidup dilakukan? Kerana orang yg bersyukur terus berusaha. Kerana syukurlah dia mengadap tuhanNya 5 kali sehari........ setiap hari hingga tiba penghujung hayatnya.

Tolong jangan lihat ibadat hanya di atas tikar sejadah sedangkan Islam mengajar umatnya untuk beribadat di mana sahaja, dalam apa aspek kehidupan juga hatta mengumpulkan KEKAYAAN juga. Maka tidak hairan kalau nabi bersabda," Hampir-hamir kufur orang yg miskin itu". Miskin apa tu? Miskin ILMU dan HARTA!!!

Insyaallah saya akan sambung kemudian hari perkongsian ni. CUMANYA sekarang saya nak lepas baca post ni, ambil pen dan kertas, tulis atau lukis apa yg anda inginkan dalam hidup ni....dengan hati dan perasaan yg ikhlas. APA YG ANDA BENAR-BENAR INGINKAN. Nak bahagiakan ibu bapa anda? Nak pergi melancong keluar negara? Nak rumah dan kenderaan yg lebih selesa? Nak berikan yg terbaik untuk anak-anak? Terpulang kepada anda.

Ini bukan yang Dr Azizan minta saya lakukan, tetapi saya kongsi juga sebab saya tau DAO nak semua orang tau tentang ini semua. Anda nak kata DAO cuba untuk kumpul kekayaan dia dengan program motivasi ni...terpulang....sebab saya KENAL SANGATTTTT orang Melayu, kalau boleh semua dia nak FREE...bila dapat FREE dia buang ikut suka hati dia je...  tapi bila kena bayar...dia cakap,"Eleh, nak kumpul duit la tu" sambil buat muka nak makan penampar.

Demi Allah saya tak kenal pun DAO tapi saya respek sebab saya tau dia kaya, saya tengok rekod sahamnya. Dalam 5 minit boleh untung RM1 juta. So, kenapa dia buat program ni semua? Sebab dia dah KAYA sebagai proven figure untuk bercakap depan anda. Kalau anda sanggup BAYAR beribu RINGGIT untuk jadi KAYA dalam pelbagai seminar DAO tapi anda tak mampu BAYAR diri anda dengan PERUBAHAN, maaf kalau saya cakap anda orang yang banyak ALASAN, KOMPLEN dan suka SALAHKAN orang lain atas kegagalan anda sendiri. Ingat anda bayar dia untuk dapatkan RAHSIA KEKAYAAN bukan untuk anda jadi JUTAWAN!! Analoginya, anda bayar guru anda untuk dia ajar anda tetapi bukan untuk dia dapatkan kerja untuk anda...Dah dapat ilmu, carilah KERJA dan KEJAYAAN sendiri,FAHAM!!!!

Ikhlas saya nak tanya anda...kalaulah BOSS anda sekarang yang mampu beli Lamborgini Aventador berharga RM 4-5 juta tawarkan kepada anda untuk gaji anda dinaikkan dari RM 2000 ke RM 20 000 dalam masa kurang 6 bulan dengan syarat hadir kursus 2 hari dan BOSS anda yg kaya gila tu nak share RAHSIA dia dengan anda, sanggup tak anda bayar berapa pun yg dia minta?!

Ni masalah orang Melayu yg sangat sukar saya selesaikan. DENGKI + IRI HATI + BODOH SOMBONG yg tak bertempat.

Sebab tu bila ada beberapa orang ustaz tegur saya,"Kenapa masuk Shaklee?" Sebab katanya urusniaga Shaklee tu ada unsur syubhat...Saya kata pada dia, "Sila buktikan. Kalau benar saya keluar dari Shaklee sekarang jg". Akhirnya beliau diam tak berkutik dan saya terus sound direct di depan dia,"Saya graduan terbaik seluruh Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang Usuluddin dan Dakwah, tahun 2009 (boleh check dengan Kementerian Pendidikan sekarang)....Saya tau apa yg saya buat....Bukan nak sombongkan diri tapi tolong jangan jadi BIAWAK, menyusahkan masyarakat Islam dengan pandangan agama yg sempit sedangkan ISLAM itu luas, men'syubhatkan' sesuatu yg jelasnya harus adalah kerja orang yg bukan USTAZ, faham!!!".

Saya sambung lagi, sebab orang begini tak boleh ditegur kecuali orang yg sama bidang dengannya,"Kamu pegawai agama Islam kan? Kamu tau kan, tiada satu pun saham bank di Malaysia termasuk Bank Islam dikategorikan sebagai harus dijual belikan oleh orang Islam pada papan Bursa Saham Malaysia (BSKL)? Kamu tau kan ini hasil penelitian Jawatankuasa Syariah Bursa Saham Malaysia yg ahlinya bukan ustaz biasa tapi pakar ekonomi Islam dunia? Kenapa kamu tidak create satu kertas kerja dan bentangkan kepada bos kamu? Kamu ada jawatankan dan kamu rasa kamu tau segalanyakan?" dan beliau diam lagi, mungkin dah menundukkan kepala tanda serah kalah kepada REALITI ekonomi Islam yg sebenar. (Saya tak nampak dia sebab kami hanya bincang dalam mesej FB je)


Sebab itu saya share dengan semua...Memang itu niat saya sejak sebulan sebelum saya masuk Seminar Luar Biasa DAO tu untuk share dengan pembaca2 setia saya. Saya berubah untuk jadi LUAR BIASA sebenarnya sebelum seminar ini lagi, sebab saya tau saya tak mungkin BERUBAH kalau saya tidak ada hati untuk BERUBAH.

Saya benar-benar BERUBAH dan saya gembira dengan keputusan saya. Saya join bisnes yg saya sedang lakukan sekarang.. Anda tau apa kata rakan kongsi atas*** sayaterhadap saya,
"Akak minta maaf kalau sblm ni x sempat nk guide awk sgt. Speed awk laju x terkejar. Hehe. Skrg akak tgh improve method of guidance, dah dpt guide dari leaders yg atas2. So Any help needed just let me know k."

Hingga rakan kongsi atas saya kena minta guide dari rakan kongsi atasnya lagi untuk imbangkan KELAJUAN MOMENTUM saya. Inilah SAYA. Saya yg Allah sebut dalam hadis qudsinya,
"Sesungguhnya Aku suka apabila seseorang dari kamu melakukan sesuatu kerja, kamu lakukan bersungguh-sungguh". Saya ini jugalah yg difirmankanNYA," Sesungguhnya Kami ciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian". Nabi sendiri bersabda,"Hiduplah kamu di dunia seumpama kamu akan hidup 1000 tahun dan bersedialah untuk akhirat kamu seperti kamu akan mati pada esok harinya".
So, kita ni sempurna, TERLALU SEMPURNA untuk jadi makhluk yg biasa-biasakan? JOM JADI LUAR BIASA hingga malaikat sendiri sujud hormat kepada kita dan bapa kita yg LUAR BIASA, Adam a.s. Kita KEJAR DUNIA & AKHIRAT. Kita boleh solat dengan khusyuk ke kalau kita ada hutang RM 40 000? Kita boleh tidur ke kalau Nabi sendiri jamin orang yg mati BERHUTANG, Allah tak terima rohnya!!!


Saya tahu tentang RAHSIA ekonomi umat Islam tetapi sekarang baru saya buka untuk semua pembaca. Terpulang kepada tindakan anda selepas ini, sama ada masih nak jadi seorang Muslim Melayu biasa atau LUAR BIASA!!!! Atau masih hendak jadi HAMBA orang atau TUAN dalam diari hidup anda sendiri...Terpulang...Keputusan di tangan anda.

Jika anda ingin join bisnes dengan saya....beri saya RM 75 maksimum (yuran seumur hidup) + 100% kesungguhan + 0% komplen atau alasan....dan saya akan PAKSA anda untuk KAYA dan BERJAYA. Kita bergerak sama-sama. Jika tidak mahu, sila buat bisnes yg anda suka dan niatkan untuk bantu orang lain dan MAKLUMKAN kepada saya. Bukan saya minta share pun tapi sebab saya GEMBIRA dan BERDOA yg TERBAIK untuk anda :). Saya gembira kerana anda bertindak untuk BERUBAH, saya berdoa kerana sebuah hadis nabi,"9/10 rezeki ada dalam perniagaan". Saya berdoa supaya Allah jamin rezeki perniagaan anda sepertimana Nabi janjikan dalam hadisnya ini.


Jika anda marah kerana saya bebelkan anda, saya terima..sebab Nabi dimarahi oleh bangsanya malahan dihalau kerana nak ubah perkara yg BIASA tu..Kalau anda terima nasihat saya, BERUBAH secepat mungkin...sebelum MOMENTUM perubahan dalam diri anda malap dan niat hanya mati sekadar niat.

*** Dalam Shaklee kami lebih suka sebut rakan kongsi dari upline dan downline sebab bisnes ni berkembang bukan atas dasar konsep upline goyang kaki dan downline kerja separuh mati, tapi kami bekerja sama-sama.

**** Jika anda sukakan artikel ini, sila tekan butang LIKE di atas dan kongsikannya bersama rakan-rakan anda yg lain...Satu klik anda mungkin dapat mengubah HIDUP MATI seseorang, jadi berusahalah untuk berkongsi dengan rakan-rakan yg anda kasihi.

:: KEMUSNAHAN TANAH SUCI MEKAH YANG DISEMBUNYIKAN ::

Konsep Baru Mekah
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.
Hari ni nak sembang-sembang pasal perkembangan sejarah sikit sebanyak. Walaupun nampak macam lari sikitniche blog ni yang lebih kepada kesihatan dan bisnes tapi anyway sekali-sekala tak salahkan?! 

Just nak sedarkan dari terlambat dan sebenarnya niche blog ni yang hakiki adalah KESEDARAN. Sebab mungkin ramai orang TAHU tapi sedikit sangat orang yang SEDAR. So, kerja saya adalah untuk sedarkan serami mungkin orang yang masih tidur.

Siapa yang baru sahaja pulang dari umrah sekarang pasti membawa gambar-gambar kawasan Arab Saudi yang semakin maju, gilang gemilang dengan segala puncak menara di merata-rata ceruk Mekah dan Madinah. Sebanyak $ 26 billion telah dibelanjakan untuk tujuan ini. Tapi tahukah anda, apa yang berlaku di sebaliknya?!

Dari apa yang kita boleh lihat struktur ikonik lama Masjidil Haram telah pun dimusnahkan untuk memberi laluan kepada rekaan model lebih kontemporari. Pemusnahan bangunan Masjidil Haram yang dibina oleh kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini menerima tentangan ramai pihak terutamanya ahli arkaelogi yang merasakan kerajaan Saudi merosakkan struktur bersejarah Islam tanpa mempedulikan kesannya.


Pihak Saudi memberi alasan bangunan binaan kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini mempunyai rekaan bida'ah/syirik kerana terdapat ukiran nama sahabat. Selain itu juga terdapat perancangan untuk memusnahkan stukutur kubah Masjid Nabawi sekarang kerana ia juga dikatakan tidak cukup Islamik.

Kenapa tidak cukup Islamik? Kerana kubah hijau yang menutupi makam Rasulullah SAW juga dikatakan bida'ah. Kubur tidak boleh mempunyai tanda mengikut fahaman Wahhabi. Kuburan Saidina Umar dan Abu Bakar yang disemadikan bersebelahan makan Rasulullah juga akan dimusnahkan suatu hari nanti jika keadaan ini berterusan.

Walaupun atas nama pemodenan dan pembesaran Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, tetapi itu bukanlah tiket khas untuk menutup sejarah dan tempat tinggalan Nabi SAW dan para sahabat!

Persoalan ini membawa kepada soalan  seterusnya, iaitu, "Mengapa hanya pihak SAUDI mempunyai hak membentuk arah tuju Mekah dan Madinah? Kenapa tiada persetujuan diambil terlebih dahulu sebelum projek pembinaan/pemusnahan ini dilakukan? dan haruskah Mekah dan Madinah berada di bawah jajahan keluarga Al Saud"

PERSOALAN DEMI PERSOALAN

Kesemua projek naik taraf dan pembangunan di kedua-dua kota suci Islam ini dilakukan di bawah arahan Raja dari keturunan Saud, sebab tu nama negara tersebut Arab Saudi. Beliau juga digelar "Penjaga Dua Masjid Utama".

Keyword disini ialah PENJAGA dan bukannya TUAN PUNYA. Di dalam Islam sendiri kita sedia maklum wujud konsep MUSYAWARAH. Jadi mengapa tiada musyawarah dilakukan diantara kesemua pemimpin negara Islam untuk membincangkan hala tuju permodenan Mekah dan Madinah?

Pihak Saudi nampaknya sangat autokratik dalam membuat keputusan permodenan. Tak mengapalah untuk keselesaan orang awam tapi kalau dah sampai menghancurkan termpat-tempat sejarah sahabat dan Nabi SAW, apa cerita ni?!

Kemudian semua projek pembinaan diberikan kepada firma Saudi Bin Ladin Group. Kita semua sedia maklum bila seseorang Muslim itu menderma kepada pembinaan sebuah masjid, surau atau tanah wakaf, pahala dari pemberian mereka itu akan berterusan sehingga hari kiamat. Kenapakah keluarga Al Saud dan Bin Ladin memonopoli projek ini tanpa perbincangan dari semua negara Islam?

Tidak banyak pemimpin Muslim yang berani menegur monopoli  2 masjid suci ini untuk kerabat dan kroni mereka sendiri? Hanya Presiden Turki dan Iran yang mempunyai semangat dan keberanian untuk mempersoalkan kemusnahan bangunan bersejarah Islam di Kota Mekah dan Madinah yang sedang giat dilakukan kerajaan Saudi. Mereka juga membantah pengkomersilan melampau yang berlaku di Mekah.

Contoh pengkomersilan melampau ialah Raffles Makkah Palace, hotel mewah siap dengan butler yang terletak bersebelahan Masjidil Haram. Menara jam gergasi yang ada sekarang pula rata-rata dipersetujui telah mengalihkan perhatian umat Islam dari memandang Kaabah.

Saya yakin anda pasti bersetuju bahawa tarikan utama Mekah sepatutnya ialah untuk beribadah dan melihat Kaabah. Bukannya pergi hotel mewah dan jam gergasi tertinggi di dunia. Agak ironik rumah nabi, sahabat, makam isteri-isteri nabi dan telaga nabi dimusnahkan kerana "bida'ah" dan di atas tapak yang diratakan itu pu dibina cawangan makanan 'HARAM' Starbucks, Marks and Spencer, Raflles Hotel dan McDonalds.

Antara kesan yang nyata akibat permodenan Mekah dan Madinah ialah kos untuk menunaikan haji serta umrah menjadi terlalu mahal. Ini mengakibatkan umat Islam yang sepatutnya sudah mampu menunaikan haji terpaksa mengumpul lebih banyak wang untuk memenuhi rukun Islam ke 5.

Ramai golongan tua yang baru pulang umrah mengeluh Mekah yang mereka lawati pada tahun 90-an ketika menunaikan haji dahulu sudah hilang. Menurut mereka pengkomersilan yang melampau membuatkan Mekah terasa seperti seakan sebuah theme park dan bukan lagi tempat untuk beribadat kepada Allah.

Salah siapa kalau bukan kerajaan-kerajaan Islam sendiri yang memberikan keluarga As-Saud keizinan mutlak untuk melakukan apa yang mereka suka. Kalau berani bersuara kuota Haji negara akan dikurangkan oleh As-Saud and Co. Islamik kah ini?!
Last but not least mungkin lebih baik jika Makkah dan Madinah menjadi mini country seperti Vatican dimana penjaganya digantikan mengikut undian umat Islam. That way tak ada one person yang boleh buat keputusan sesuka hati. Ini juga akan membebaskan Mekah dari menjadi milik keluarga As-Saud untuk mendesak negara Islam lain untuk menutup mulut mereka atau dikurangkan kuota apabila sebarang rancangan mereka digugat atau dipersoalkan.

Masjidil Haram 2020: Sanggupkah kita kehilangan segala tinggalan Rasulullah SAW?!
Semoga Allah membantu kita semua dan Islam walaupun saya sedar bahawa salah satu daripada tanda akhir zaman atau kiamat kecil adalah apabila kaum yang dahulunya mengembala kambing di gurun-gurun mula berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi-tinggi (atas tujuan menonjolkan kekayaan mereka).

Moga Allah sentiasa merahmati kita dan memahamkan kita betapa pentingnya peninggalan sejarah tamadun awal Islam kepada kita.

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia. 

KHASIAT AIR MANI LELAKI UNTUK WANITA

Rasanya bukan aku seorang saja yang bertanya diri sendiri kenapa orang lelaki bila dia dah berkahwin perutnya akan buncit. Selalu juga aku dengar orang cakap macam ni, “Sekarang ni kurus. Dah kawen nanti mesti gemuk.” Walaupun istilah gemuk dan buncit itu tak sama, tapi dalam konteks ini ianya membawa maksud yang serupa, iaitu perut naik. Tapi…kenapa ye? – Aku bukan kurus wei, cuma tak gemuk je haha.
1x1.trans Khasiat Air Mani Lelaki Untuk Wanita
Persoalan itu terjawab akhirnya selepas aku baca satu artikel dalam Majalah Maskulin edisi Ogos 2009 baru² ni. Jadi rasanya elok juga berkongsi dengan rakan² info pasal ni. Artikel yang anda akan baca nanti mungkin ada yang mencelarukan perasaan. Mungkin rangsangan dirinya sedikit terganggu. Tapi ketahuilah, aku tiada niat untuk berkata lucah ke apa kat sini. Anggaplah ianya satu info yang patut diberi perhatian bagi anda yang bergelar lelaki terutamanya. Perempuan pun sama juga. Takkanlah suami nak isterinya slim anggun menawan tapi perut suaminya boroi ke depan sampai nak tengok kaki sendiri pun tak nampak hehe. Sama²lah berusaha supaya dua² maintain slim dan bergaya.
Menurut artikel dalam kolum Info Seks majalah tersebut, lelaki yang dah berkahwin ni senang buncit disebabkan faktor kelamin sebenarnya. Orang perempuan pula perut buncit kerana kena ‘buatan orang’ hehe. Gurau². Ok. Selalu juga kita dengar lelaki yang dah berkahwin ni perut buncit sebab ada orang jaga makan minum dia. Entahlah boleh diterima ke tak. Ianya sekadar agak² orang, bukannya fakta pun. Ini faktanya yang perlu kita tahu.
Kita sambung lagi.
Kebuncitan lelaki ini berlaku apabila cecair daripada isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekaligus akan mudah membuatkan perut menjadi buncit. Faktor itu juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang. Ooo…
Namun jika hubungan kelamin tidak dilakukan dalam tempoh yang lama, perut mereka akan kembali kendur dan zakar pula akan mula mengecut. Selalunya berlaku kepada lelaki yang dah bercerai, mereka yang dah lama menduda atau selalu sibuk dengan kerja sampaikan tuntutan nafkah batin diabaikan. Kasihan ‘dia’.
Khasiat Air Mani untuk Wanita
Ada khasiat rupanya. Kepada wanita yang sudah berkahwin, dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan mempunyai mood yang lebih baik. Kulit isteri lembut hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan berkhasiat. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat, ia juga akan bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap ke dalam tubuh isteri.
Ooo.. patutlah wanita yang dah berkahwin ni nampak lebih gebu. Tapi rasanya awal² kahwin je kot. Dah beranak 3, mulalah kulit berlipat². Kena sama² pandai jaga badan lepas kahwin, ok?
Khasiat lain sperma untuk wanita:
  1. Rambut isteri semakin hitam dan berkilat.
  2. Mengurangkan jerawat.
  3. Campuran sperma dalam tubuh isteri akan menghasilkan berjuta² hormon yang membuatkan wanita lebih ceria dan gembira.
Edah dan Air Mani
Dalam Islam, tempoh edah diberi kepada isteri yang baru bercerai adalah untuk menghilangkan air mani bekas suami yang masih berada dalam tubuh badan isteri, supaya tak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus melakukan hubungan seks dengan suami baru.
Ada logiknya juga. Setiap hukum dan ketentuan dalam Islam mesti mempunyai sebab yang tertentu sama ada kita tahu atau tidak. Tak perlulah buah tafsiran atau tohmahan terhadap agama sendiri hingga terjadinya murtad. Kajilah dulu kalau boleh. Memang diyakini Islam itu benar.
Itulah saja info yang baru aku dapat. Lelaki buncit lepas kahwin ni kadang² orang cakap sebab hati senang. Mungkin satu faktor lagi kot yang menyumbang. Ada orang suka lelaki berperut buncit, lagi² bila dah jadi ayah. Boleh anak² belajar mendaki ‘bukit’ hehe. Terpulanglah.

Cara Mengetahui Seorang Perempuan Masih Dara atau Tidak.

1x1.trans Cara Mengetahui Seorang Perempuan Masih Dara atau Tidak
Pasangan hidup adalah salah satu hal yang amat menentukan terbinanya kehidupan sakinah wa rahmah didalam keluarga. tentunya selain ketaqwaan, nasab (garis keturunan) dan memiliki sedikit harta, kecantikan serta kesucian seorang gadis sangat dianjurkan dan menentukan dalam memilih pasangan. berikut ada sedikit tips untuk mengetahui seorang gadis yang masih suci. semoga dapat bermanfaat, dan ini adalah tips buat ikhwan-ikhwan yang benar-benar hendak membina rumah tangga, jadi jangan disalahgunakan…Layan…
Terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan diantaranya:
DAHI
Gadis yang masih suci, dahinya licin. Bila selalu senggama licinnya hilang, justru yang timbul kedutan (garis2) yang kadang nampak kadang tidak ketika bercakap. Kedutan kerana sudah tidak suci, tidak sama dengan kedutan wajah yang dimamah usia. Kedutan suci yang telah hilang, tidak begitu ketara dan tidak begitu nampak, kecuali ketika muka menunjukkan reaksi tertentu seperti sedang ketawa dan marah, sementara kedutan kerana dimakan usia sentiasa nampak dan kekal.Tetapi kedutan kerana hilangnya kesucian tidak mudah dihilangkan. Untuk memudahkan melihat gadis yang masih suci atau tidak. Cuba perhatikan dahi perempuan yang sudah bersuami dengan yang belum. Perhatikan betul2, nampak kelainannya. Gadis yang sudah tidak suci terdapat beberapa kedutan garis2 timbul dan melekuk didahi gadis itu. Perhatikan betul2 sebab garis2 itu tidak begitu nampak (terang). Wallahu a’lam.
HIDUNG
Gadis yang masih suci atau tubuhnya belum disentuh oleh lelaki, hujung hidungnya berwarna kemerah-merahan, jika disentuhh ujung hidungnya nampak merah. Gadis yang tidak suci hujung hidungnya merah tetapi merah pucat, kadang2 warna merah tidak nampak, yang nampak hanyalah pucat, tak percaya cuba tengok hujung hidung anak perempuan, merahkan..? Bagi lelaki yang suka merosak kesucian wanita, hidungnya berbelang, oleh karena itu disebut lelaki hidung belang. Wallohu a’lam
MATA
dari mana datangnya cinta, dari mata turun ke hati…..
Kita menggunakan mata untuk memandang dan melihat seseorang, cantikkah, berserikah, maniskah, dsb. kadang2 kita hanya memandang wanita cantik luarannya saja, tapi bahagian dalamnya sudah musnah, untuk mengetahui wanita itu masih suci atau tidak cuba tengok matanya. Bila bahagian bawah kelopak terlipat sedikit dan terdapat tanda lebam bermaksud gadis itu sudah tidak suci lagi, mungkin sudah bersuami. lebam yang menunjukkan tidak suci nampak semacam garis2 hitam di bawah kelopak mata disamping warna hitam dibawah kelopak mata sedikit kelihatan berkedut. Gadis yang masih suci matanya berseri2, tidak ada warna hitam, lebam maupun garis2. Apabila gadis itu tertawa di bawah kelopak matanya tidak terdapat apapun, seperti kedut (berkeriput) , bergaris dll. Wallohu a’lam.(yg dimaksud lebamnya mata bukan kerana kurang tidur )
PUNGGUNG
Punggung gadis berubah melalui 2 proses:
1. Punggung gadis menjadi besar kerana proses hormon.
2. Punggung gadis menjadi besar kerana lelaki.
Punggung yang sudah kena sentuhan lelaki akan menjadi besar, lebih2 yang sudah melakukan hubungan kelamin. Punggung gadis yang masih suci walaupun gemuk ia masih kelihatan cantik, sebab masih kental dan tegang serta tidak lesu dan jatuh. Cuba perhatikan pinggang gadis, kalau pinggangnya masih ramping dan punggung tidak besar, tidak montok dan kenyal pada punggungnya. Kalau berjalan punggungnya tidak goyah sebab dagingnya masih solid dan tidak lembut kalau dipegang (jangan pegang sesuka hati, nanti ada yg makan penampar =D), maksudnya dia masih suci. Bagi yang pernah melakukan hubungan seks, punggungnya memang berisi dan besar tetapi tidak kental, punggungnya nampak jatuh, lebih2 ketika berjalan, goyangannya tidak melantun. (jangan imagine lebih2 plak :p)
Kenapa punggung gadis yang pernah melakukan hubungan badan nampak sedikit jatuh? Disaat melakukan hubungan seks, lebih kurang 90% hormon yang ada di bahagian punggung akan tertumpu kebahagian kemaluan, sebab di masa klimaks, punggung gadis menjadi tegang.Apabila sudah habis melakukan hubungan punggung yang tegang akan mengendur semula dan ini menyebabkan punggung menjadi kendur dan jatuh. Lebih kerap gadis itu melakukan hubungan seks, punggung akan semakin jatuh dan lesu, leper. Wallahu a’lam.
TELINGA
Telinga termasuk salah satu panca indra yang boleh digunakan untuk mengetahui samaada gadis itu masih suci atau tidak. Di negera china telinga sebagai peramal untuk mengetahui penyakit didalam tubuh seseorang. Gadis yang tidak pernah disentuh oleh lelaki, telinganya cantik dan nampak bersih, kalau gadis itu pernah disetubuhi atau telinganya pernah digigit atau dicium dan disentuh, secara automatik bentuk telinga gadis itu akan berubah menjadi lebih leper sedikit dan tidak lagi kemerah-merahan dan menjadi pucat. Bagi gadis yang masih suci tapi pernah kena sentuh lelaki, pucatnya tidaklah ketara sangat. Wallahu a’lam.
BUAH DADA (payudara)
Peranan buah dada memang banyak, bukan sekedar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu pernah disentuh atau tidak. Buah dada gadis yang belum pernah kena sentuh, sentiasa tegang. Tetapi kalau sudah kena sentuhan, buah dada itu tegangnya berkurang dan membesar sedikit dari pada ukuran asalnya, lebih kerap disentuh, lebih kendur. Perhatikan gadis disaat berjalan atau berlari, bergerak2 dan melambai jatuh (ke bawah) dan berbuai sekali bermaksud ketegangan sudah hilang. Kalau belum kena sentuhan, walaupun buah dada berbuai disaat berlari tetapi buaiannya tidak terlalu melambai2 berarti ketegangan masih ada.
Puting buah dada yang pernah kena sentuhan menjadi panjang dan terjojol (keluar) sedikit dari tempat persembunyiannya. Buah dada yang selalu kena ramas akan menjadi lebih besar, dan jangan menuduh gadis yang berbuah dada besar itu kena remas. Sebab, buah dada yang besar sebab kena ramas dan yang besar sebab semulajadi memang berbeza.
Buah dada yang kena ramas menjadi besar tetapi tidak tegang. Sementara buah dada yang besar sebab semulajadi setiasa tegang dan disaat berjalan tidak bergoyang, kalau yang kena ramas bergoyang terbuai-buai seperti telinga gajah, berbuai kekiri, kekanan, keatas, kebawah terkadang melambung2 ketika gadis itu berjalan atau berlari.
Seorang gadis jika telah dewasa, kecil kemungkinan ukuran payudaranya berubah, kecuali bila berat badannya bertambah. Bentuk tubuh yang baik akan membentuk payudara nampak lebih besar. Cuba tanyakan, apakah ia senang payudaranya disentuh atau tidak? Sebagian wanita memiliki puting payudara yang sangat sensitif sebagian lainnya tidak, mereka mungkin ingin payudaranya disentuh atau mungkin tidak. Tetapi umumnya wanita menyukai sentuhan lembut dan ciuman pada payudara dan juga pada puting payudara. Payudara dan putingnya akan mengeras apabila dirangsang. Begitulah tanda2 yang paling jelas bila ia terangsang, meskipun tidak semuanya demikian. Tanda2 lainnya adalah pelendiran pada liang vagina, kemerah-merahan di dada dan meningkatkan kecepatan denyut jantung dan pernafasan. Wallahu a’lam.
GARIS TELAPAK TANGAN
Gadis yang berkulit tebal dan kasar, cuba perhatikan kedua tapak tangannya, jikalau retak (urat2 yg mrupai retak), bukan disebabkan tidak tahan bahan pencuci yang mengandung kimia, bermaksud gadis itu sudah hilang kesuciannya. Gadis yang masih suci, kedua telapak tangannya halus dan licin. Jika kesuciannya telah hilang, kedua tapak tangannya ketika di tekan warnannya pucat tidak merah, jika selepas ditekan, ia akan tegang serta merta. Satu cara lagi, cuba perhatikan tapak tangan kanan, jika ada garis putus2 bahagian tengah bererti kesuciannya telah hilang, bila tidak terputus2 bererti ada harapan kesuciannya belum hilang. setelah melihat telapak tangan yang kanan, cuba genggam ibu jari tangannya dalam masa satu minit, ketika menggenggam terasa panas sedikit dan ibu jarinya merah ketika dilepaskan, bererti ada harapan masih suci. Perhatikan pula ibu jarinya, bila nampak pucat sekali walaupun ada rasa hangat bererti kemungkinan besar kesuciannya sudah terbang.
Cuba pegang jari kelingkingnya, kira2 satu minit, lalu lepaskan, tanyalah bagaimana rasanya ketika dipegang dan dilepaskan? Kalau ia menjawab tak ada rasa, mintalah maaf banyak2, kemungkinan ia tidak suci lagi. Tapi kalau ia menjawab ada rasa rangsangan, jantungnya berdebar2 atau ada rasa sakit seperti berdenyut2. Alhamdulillah nampaknya masih suci. (Yg menguji mesti lelaki)
JARI TELAPAK TANGAN
Dengan jari2lah lelaki suka memegang dan menggoda perempuan, begitu pula halnya jari2 perempuan, jari2 adalah kawasan yang paling asas untuk mengetahui gadis masih suci atau tidak. Caranya cukup mudah, terlebih dahulu berjabat tangan, selama berjabat tangan remas2lah tangannya, kalau laki2 bukan mahramnya boleh memegang tangan seorang gadis, itu menunjukkan dara kecil dibahagian tangannya sudah ternodai. Apabila tangan dan jari2 gadis itu boleh di ramas2 bererti peluang untuk memegang tempat2 yang lain terbuka lebar. Cuba jari2 gadis itu di belai2 dan di remas2 dengan lembut, bagaimana perasaan gadis itu?
Sentuhan lelaki dijarinya memang membawa satu rasa yang nikmat dan berahi yang tersendiri. Sentuhan tangan sentuhan ajaib, dari tanganlah akan menjalar ke bahagian2 yang lain. Sentuhan tangan memang syahdu, kalau tidak percaya cubalah betapa bahagianya berjalan sambil berpegangan tangan. Bila anda ingin mengetahui gadis itu terbiasa di sentuh atau tidak, cuba hulurkan tangan dan bersalaman dengannya, selama bersalaman genggamlah tangannya dengan lembut dan cuba sentuh jari kelingking gadis itu. Ketika menyentuh jari kelingkingnya tengoklah wajah gadis itu, apakah dia nampak gelisah dan resah? kalau dia terkejut bererti besar kemungkinan dia masih suci, kalaupun dia pernah berasmara, mungkin belum sampai tersondol.
Jika disaat jari kelingkingnya disentuh dia nampak rilex saja, dan tak mau bicara, besar kemungkinan kesuciannya sudah lenyap. Wallohu a’lam.
PERUT
Peribahasa mengatakan biar pecah di perut jangan pecah di mulut, begitulah kata peribahasa, tapi tubuh wanita bukanlah peribahasa. Kalau pecah kegadisannya, pasti pecah perut. Bila gadis pernah melakukan hubungan kelamin, maka perutnya akan menjadi mengembang dan menjadi buncit sedikit. Oleh karena gadis yang belum pernah melakukan hubungan badan pinggangnya masih ramping dan perutnya masih kempis. Mengapa perut menjadi buncit sedikit? Ketika gadis itu melakukan hubungan kelamin sudah tentu gadis itu sampai ke puncak (organsme), ketika gadis itu tidak tahan dan menahan dibagian perut.
Otot2 bahagian perut menahan ke puncak dengan daya tahan yang sangat tinggi dan kuat. Ketika itulah perut itu mengembang dan setelah melakukan hubungan badan perut pun membuncit sedikit. Satu lagi tanda di perut, kalau gadis itu sudah pernah melakukan hubungan seks, ada garis panjang dari bawah buah dada sampai ke perut dan dari pusat sampai ke kemaluan. Garis ini tidak terjadi pada semua gadis, tetapi kalau ada gadis yang memiliki garis ini maksudnya ia tidak suci lagi. Ada sebahagian gadis yang sudah pernah melakukan hubungan seks hanya memiliki garis dari bagian bawah pusat sampai ke kemaluan. Kalau gadis itu sudah hamil, garis itu akan terbagi dua, cuba lihat perut wanita yang hamil, mesti ada garis2 retak yang melintang di perutnya.
Gadis yang masih suci pada umumnya perutnya masih lembut. Bagi yang sudah pernah berhubungan badan, kulit perutnya agak kasar sedikit. Ada juga yang menjadi keras sebab hormon2 dan lemak mewujudkan gumpalan dibahagian bawah dinding perut. Wallahu a’lam
RAMBUT
Rambut merupakan mahkota wanita tetapi juga berperanan menentukan gadis itu masih suci atau tidak. Gadis yang masih suci, rambutnya memang kemas, kelihatan segar dan tidak kasar, sementara gadis yang sudah hilang kesuciannya, rambutnya kelihatan tidak berghairah. Di zaman nenek moyang kita dulu, mungkin masih ada yang diamalkan sampai saat ini. Ketika seorang gadis hendak dinikahkan, ahli penghias pengantin terlebih dahulu memotong rambut didahi, ditekuk dan disebelah belakang telinga kiri dan kanan. Rambut2 inilah yang oleh mereka disebut rambut perawan.
Dengan menggunting rambut2 ini, mereka mengetahui apakah gadis itu masih suci atau tidak. untuk membuktikan cuba sediakan satu buah kelapa muda yang sudah dilubang ditengahnya dan airnya tidak dibuang lalu masukkan potongan rambut tersebut. Jika rambut2 itu terapung dipermukaan air kelapa artinya gadis itu masih suci. Jika semua rambut itu tenggelam ertinya gadis itu sudah tidak suci. satu lagi caranya, kalau disaat ditiup angin rambut gadis itu mengembang lembut dan kembali ketempat asalnya.
Alhamdulillah nampaknya ada harapan kegadisannya masih ada. Wallahu a’lam.
BIBIR
Percaya atau tidak bahawa bibir gadis yang pernah dicium lebih menarik dan cantik. Apabila bibir bertemu bibir, maka akan membuat pergerakan darah akan mengalir kebibir dan membentuk bibir yang baru. Lebih kerap dicium, lebih cantik pula bibirnya. Tapi ada juga gadis yang mempunyai bibir mulut yang cantik walaupun tidak pernah dicium. Gadis yang belum pernah dicium bibirnya kelihatan berwarna merah jambu dan tidak ada garis lebam (bengkak) atau hitam di sekitar bibirnya. Bibir gadis yang tidak pernah dicium tidak kelihatan pucat dan bibirnya licin dan basah.
Bibir yang pernah kena cium akan nampak bengkak sedikit walaupun hanya satu kali saja, dan dapat merubah bibirnya juga terdapat garis-garis kasar yang memperindah bentuk bibir. Bila gadis itu tidak suci lagi, bahagian tengah bibirnya nampak retak, seakan-akan terbagi dua, retaknya tidak begitu jelas, akan tetapi nampak kalau diperhatikan betul-betul. Ada pula yang mengatakan gadis tidak suci ketika ia tertawa bibirnya nampak lebih lebih besar dari pada tidak tertawa dan bibir bawah tampak keluar dari pada bibir yang atas. Wallahu’alam.
KEMALUAN
Ini tentunya hanya diketahui selepas berkahwin. Permukaan gadis yang pernah melakukan hubungan kelamin, kelihatan sedikit lebam, pintu kemaluan tidak tertutup rapat, agak renggang sedikit. Kalau gadis yang masih perawan, kemaluannya sentiasa tertutup rapat. Sebenarnya selaput darah bisa dilihat langsung kedalam kemaluan gadis. Bila kemaluan masih ketat bererti gadis itu masih suci. Kalau lubang itu terbuka sedikit bermaksud gadis itu sudah tidak perawan lagi.
Cuba perhatikan warna kemaluan gadis, kalau permukaannya pintu kemaluannya berwarna ungu, kemerah-merahan berarti dia masih suci, akan tetapi kalau warna merah sudah pudar malah menjadi pucat, bermaksud dia sudah tidak suci lagi. lagi satu, biasanya ketika malam pertama, lelaki biasanya agak susah memasukkan zakarnya kedalam kemaluan gadis. Pertama kali melakukan hubungan kelamin dengan seorang gadis yang baru pecah selaput darahnya memang tidak memuaskan, kerana gadis itu tidak nyaman dengan darah yang keluar pada malam pertama (kebiasaannya) dan rasa pedih pada kemaluannya. Sehingga ia tidak akan hendak berlama-lama. Untuk mengetahui selapaut dara yang pecah, cuba konsentrasikan mata anda kedahi isteri anda, kalau dia berkerut ertinya dia menahan sakit, tetapi kalau dia berpura-pura, faham-fahamlah…
Wallahu’alam..
LEHER
Leher juga menjadi salah satu tempat yang dapat menunjukkan gadis itu masih suci atau tidak. Bila leher perempuan itu nampak berkedut-kedut, artinya perempuan itu pernah disentuh laki-laki. Garis kedutnya bukan seperti garis kedutan kerana tua, garisnya kecil-kecil, pendek-pendek dan putus-putus, bukan garis yang panjang. Kalau ingin melihat dengan jelas tunggulah gadis itu menundukkan kepalanya. Lihatlah dengan cepat dan cermat.!. bila gadis itu selalu dipegang lelaki, maka lehernya terdapat tanda-tanda hitam kecil dilubang romanya dan warna lembab kecil seperti bintik-bintik.
Adakalanya lubang bulu roma nampak jelas dileher, ini juga berarti gadis itu sering disentuh. Kalau gadis itu berleher panjang (jenjang), coba perhatikan dibahagian lehernya, jika terdapat garis-garis urat yang bersilang artinya gadis itu masih suci. Jika terdapat garis-garis yang melintang, bukannya urat yang melintang, ini bererti perempuan itu sudah pernah melahirkan anak. Wallahu’alam.
PIPI
Wanita yang tidak suci lagi wajahnya tidak berseri-seri, pipi gadis yang masih suci senantiasa mengghairahkan dan merah segar. Kalau pipi gadis yang pernah dicium warna kemerah-merahan akan hilang. Kalau pipi itu merah kerana dicium ayah atau saudara sekandung maka tidak membahayakan terhadap kesucian gadis tersebut. Cuba perhatikan betul-betul pipi gadis yang tidak perawan lagi terdapat garis melintang yang tidak begitu jelas/tampak.
Walau bagaimanapun pipi gadis yang pernah kena cium masih tetap cantik, akan tetapi kalau sudah biasa dicium/disentuh lelaki, lesung pipinya kurang dalam dan terdapat satu garis disebelah lekuk lesung pipinya. Gadis yang masih suci, bila berbicara disekitar pipi kanannya maupun kiri cepat berpeluh, dan peluh ini akan keluar walaupun ditempat yang sejuk. Peluh yang dimaksud mungkin tidak nampak kecuali dilap dengan tissue.
Cuba perhatikan bahagian tepi telinga seorang gadis. Dibahagian itu terdapat anak rambut yang halus dan lembut. Apa bila gadis itu tidak suci lagi, anak rambut itu tidak akan gugur, tetapi masih tetap ada, namun menjadi keras bahkan kasar. Apabila ditiup angin anak rambut itu nampak begitu kasarnya dan disisi pipi kelihatan agak gelap walaupun gadis itu berkulit hitam manis. Wallahu’alam..
“Berpesan baiklah kamu terhadap wanita, sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Dan yang paling bengkok bahagian atasnya. Oleh kerana itu, apabila kamu paksa untuk meluruskannya maka akan patahlah ia, dan apabila kamu membiarkan, maka akan bengkoklah ia selamanya”. (HR. Bukhari Muslim).

Punca Mengapa Hospital Tidak Benarkan Akar Fatimah? (True Story)

1x1.trans Punca Mengapa Hospital Tidak Benarkan Akar Fatimah? (True Story)
Saya akan menceritakan salah satu kejadian yang pernah saya alami. Saat itu saya sedang bekerja di Rumah Sakit Banyumas, di Jawa Tengah, Indonesia. Sebagai gambaran, Rumah Sakit Banyumas ketika itu merupakan rumah sakit negeri yang cukup diminati pesakit dengan kebersihan setaraf hotel berbintang.
Saya menerima pesakit yang datang dengan kehamilan pertama, umur kehamilan 9 bulan dan sudah mulai masuk persalinan dengan kontraksi rahim yang teratur dan pembukaan 2 cm kira-kira jam 7-8 pagi. Hasil pemeriksaan jantung janin menunjukkan bahwa janin dalam kondisi baik dan sedia menjalani proses bersalin. Berhubung pembukaan masih kecil, maka pesakit direhatkan di kamar sambil menunggu pembukaan bertambah.
Waktu itu saya full day tinggal di rumah sakit 24 jam dan 7 hari. Saat saya sedang berehat 7 malam, tiba-tiba saya dikejutkan berita dari bidan bahwa pesakit tersebut kesakitan dan saat dilakukan pemeriksaan jantung ternyata denyut jantung sudah tiada (janin sudah meninggal). Suami dan keluarga pesakit marah-marah dan menyalahkan saya.
Saat saya lakukan pemeriksaan, saya menemukan situasi yang tidak wajar. Pembukaan masih 2-3 cm dengan kontraksi yang sangat kuat yang sepatutnya kontraksi pada pembukaan 8-9 cm.
Saya merasa pasti ada yang tidak kena, saat saya tanyakan kepada keluarganya, apakah ada diberikan `sesuatu` awalnya mereka tidak mengakui. Saya minta bidan saya memeriksa kamar pesakit apakah ada yang mencurigakan sambil saya terus mengumpulkan informasi dari keluarga pasien.
Mereka masih berusaha menyalahkan penanganan rumah sakit atas meninggalnya janin tersebut. Namun akhirnya bidan jaga menemukan adanya rendaman `rumput` dan gelas di kamar pesakit, dan barulah keluarga pesakit tersebut mengakui.
Ternyata pesakit sudah diberikan minuman rendaman akar fatimah saat di kamar rawatan, dan ini diluar pengetahuan dokter. Seperti kita ketahui bahwa `akar fatimah` (Labisa pumila) berasal dari Timur Tengah dan mempunyai sebutan lain seperti Kaf Mariyam (bahasa arab) yang berarti `telapak tangan mariyam`, dan beberapa orang barat menyebutnya sebagai Mawar Jericho.
Tanaman ini mempunyai efek uterotonik ataupun boleh menyebabkan kontraksi rahim. Kontraksi rahim yang ditimbulkannya boleh menyebabkan persalinan, oleh kerana itu beberapa orang menggunakan tumbuhan ini untuk `memperlancar persalinan`.
Akan tetapi kerana sukatan dos tidak dapat dipastikan, dengan demikian tahap sukatan selamat pun sukar ditetapkan. Bila suatu boleh menimbulkan kontraksi, maka dalam kadar rendah ia boleh `melancar proses bersalin`.
Namun pada kadar yang tinggi ada bahaya yang mengintai, iaitu dapat menimbulkan kontraksi yang berlebihan atau over (istilah medik: hiperstimulasi).
Kondisi inilah yang sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan janin tidak mampu bertahan hingga boleh meninggal, atau bahkan rahim yang tidak bertahan hingga boleh koyak dan mengakibatkan meninggalnya ibu dan janin.
Sampaikan kepada yang anda kenali tentang ini, mungkin sahaja boleh `menyelamatkan` nyawa seseorang.
Semoga informasi tersebut bermanfaat dan dapat diambil nilai positifnya.
*Tambahan – Kandungan oksitosin tidak dapat diukur. Tumbuhan ini dipakai dengan cara akarnya direndam. Air rendaman inilah yang diminum. Semakin lama direndam, kadar oksitosin yang terlarut pun semakin pekat. Dos boleh jadi berlipat-ganda.
Minum rendaman akar fatimah ini akan menimbulkan masalah. Jika mulut rahim belum terbuka, efek kuat kontraksi ini boleh membahayakan. Risikonya dapat menimbulkan pendarahan akibat kontraksi rahim sehingga menyebabkan pecahnya pembuluh-pembuluh darah dan stres otot.
Kontraksi yang ditimbulkan akan sangat tinggi, tanpa ada sela waktu rehat. Kontraksi benar-benar kuat tetapi pembukaan tidak sesuai dengan kontraksi. Hasilnya berbeza, untuk ibu yang pembukaannya sudah hampir sempurna memang dapat membantu mempercepat kelahiran, namun bagi yang pembukaannya masih awal tentu tidak sesuai dengan kontraksi yang hebat tersebut.
Jika tidak tahan akan kontraksi, ibu akan terus-menerus meneran padahal pembukaan masih sedikit, sehingga besar kemungkinan rahim akan robek. Selain itu akan terjadi perdarahan setelah melahirkan, atau bahkan kematian pada janin. Wallahu a’lam.
Dugaan darimu Allah...

Minggu lepas bonda demam dan sekarang anak kesayangan bonda plak demam...
bersabarlah anakku..

Ya Allah Ya Tuhanku...ku terima dugaanmu...

Terima kasih pada suami tersayang kerana menjaga isteri dan anakmu..

Terima kasih juga pasa emak tercinta kerana menjaga keharmonian keluarga selama anakandamu bekerja.

Sunday 2 February 2014

37 Tabiat Ibubapa Memberi Kesan Buruk Terhadap Perangai Anak

37 Tabiat Ibubapa Memberi Kesan Buruk Terhadap Perangai Anak

  • Apakah anda mula merasa susah mengawal tingkah laku anak anda?
  • Apakah anda dan pasangan sering tidak sefahaman dalam mendidik anak anak?
  • Apakah anak anda sering merengek dan memaksa untuk menuruti kemahuannya?
  • Apakah anak anda sering bergaduh antara satu sama lain?
  • Apakah anda susah hati kerana anak anda selalu menonton tv atau bermain PS?
Jika ada jawapan YA, sila baca tips di bawah :

1. Tidak Pernah Bersalah
Sewaktu anak kita masih kecil dan belajar untuk berjalan,mereka tanpa sengaja melanggar kerusi atau meja. Lalu mereka menangis. Umumnya, yang dilakukan oleh ibubapa supaya tangisan anak berhenti adalah dengan memukul kerusi atau meja yang tanpa sengaja mereka langgar. Sambil berkata,
 "Siapa yang nakal? Papa / Mama dah pukul kerusi / meja ... sudah cup .... cup ... diam ye .. 
Akhirnya si anak pun terdiam.
Ketika proses pemukulan terhadap benda-benda yang mereka langgar, sebenarnya kita telah mengajar anak kita bahawa dia tidak pernah bersalah.
Yang salahnya orang atau benda lain. Pemikiran ini akan terus dibawa sehingga dewasa. Akibatnya, apabila terjadi perselisihan atau pertengkaran, yang salah adalah orang lain, dan dirinya selalu betul. Akhirnya, orang lain yang tidak melakukan kesalahan akan menerima hukuman.
Kita sebagai ibubapa baru menyedari hal tersebut ketika si anak sudah mula melawan kepada kita. Perilaku melawan ini terbentuk sejak kecil kerana tanpa sedar kita telah mengajarkan untuk tidak pernah merasa bersalah.
Lalu, apa yang sebaiknya kita lakukan ketika si anak yang baru berjalan melanggar sesuatu sehingga membuatnya menangis? 
Sebaiknya, ajarlah dia untuk bertanggungjawab atas apa yang terjadi; katakanlah padanya (sambil mengusap bahagian yang terasa sakit): "Sayang, kamu langgar ya. Sakit? Lain kali hati-hati, jalan perlahan-lahan supaya tidak terkena lagi. "

2. Berbohong Kecil
Mulanya anak-anak kita adalah anak yang selalu mendengar kata ibubapanya.
Mengapa? Kerana mereka percaya sepenuhnya kepada ibubapanya.
Namun, ketika anak meningkat dewasa, dia sudah tidak menuruti arahan atau permintaan kita? 
Apa yang berlaku? 
Apakah anak kita sudah tidak percaya lagi dengan perkataan atau ucapan-ucapan kita lagi?
Tanpa sedar kita sebagai ibubapa setiap hari sering membohongi anak untuk mengelakkan kemahuannya. Salah satu contoh pada waktu kita tergesa-gesa pergi ke pejabat di pagi hari, anak kita ingin mengikut atau mengajak berjalan mengelilingi kawasan perumahan. Apa yang kita lakukan? Apakah kita menjelaskan dengan jawapan yang jujur? Atau kita memilih untuk berbohong dengan mengalihkan perhatian si kecil ke tempat lain, selepas itu kita bergegas pergi? Atau yang ekstrem kita mengatakan,
 "Papa / Mama hanya keluar sebentar, hanya ke depan saja, sebentaaar saja ya, Sayang." Tapi sebaliknya, kita pulang malam. Contah lain yang sering kita lakukan ketika kita sedang menyuap anak makan kita,
 "Kalau tak nak makan, nanti Papa/Mama tak bawa jalan-jalan" 
Padahal secara logik antara jalan-jalan dan cara / pola makan anak, tidak ada kaitan langsung.
Dari beberapa contoh di atas, jika kita berbohong kecil , kesannya ternyata besar. Anak tidak akan percaya lagi dengan kita sebagai ibubapa. Anak tidak dapat membezakan kenyataan kita yang boleh dipercayai atau tidak. Akhirnya, anak menganggap semua yang diucapkan oleh ibubapnya adalah bohong dan anak mula tidak menuruti segala perkataan kita.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Berkatalah dengan jujur ​​kepada anak. Ungkapkan dengan penuh kasih dan pengertian:
"Sayang, Papa / Mama nak pergi kerja. Kamu tidak boleh ikut."
Kita tak perlu merasa bimbang dengan keadaan ini.Pastinya memerlukan lebih masa untuk memberi pemahaman kepada anak kerana biasanya mereka akan menangis. Anak menangis kerana dia belum memahami keadaan mengapa ibubapanya harus selalu pergi di pagi hari. Kita harus bersabar dan beri pemahaman kepada mereka secara terus menerus.Perlahan-lahan anak akan memahami keadaan mengapa ibubapanya selalu pergi di pagi hari dan bila pergi bekerja, anak tidak boleh ikut. Sebaliknya bila pergi ke tempat selain pejabat, anak pasti diajak ibubapanya. Pastikan kita selalu jujur ​​dalam mengatakan sesuatu. Anak akan mampu memahami dan menuruti apa yang kita katakan.

3. Banyak Mengancam/Mengugut/Memberi Amaran
"Adik, jangan naik ke atas meja! nanti jatuh dan tiada yang nak tolong! "
"Jangan ganggu adik, nanti Mama / Papa marah!"
Pada anak, pernyataan seperti melarang atau perintah dan disuarakan dengan cara menjerit tanpa kita berganjak dari tempat duduk atau tanpa kita menghentikan suatu aktiviti, kenyataan itu sudah termasuk ancaman. Apa lagi jika ada ayat tambahan ".... nanti Mama / Papa marah!"
Seorang anak sangat pandai dalam mempelajari cara ibubapanya; dia boleh mengetahui cara ibubapanya mendidik, memesongkan atau mengawal cara ibubapanya. Hal ini terjadi bila kita sering menggunakan ancaman dengan kata-kata, namun selepas itu tidak ada tindakan lanjut atau mungkin kita sudah lupa dengan ancaman-ancaman yang pernah kita ucapkan.
Apa yang sebaiknya kita lakukan? .
Kita tidak perlu menjerit-jerit seperti itu. Dekati si anak, hadapkan seluruh tubuh dan perhatian kita padanya. Tatap matanya dengan lembut, namun tunjukkan riak muka/ekspresi kita tidak senang dengan tindakan yang mereka lakukan. Sikap itu juga ditegaskan dengan kata-kata, 
"Sayang, Papa / Mama minta supaya kamu boleh meminjamkan mainan ini pada adikmu. 
Papa / Mama akan makin sayang dengan kamu. "
Tidak perlu dengan ancaman atau jeritan. Atau kita boleh juga menyatakan suatu pernyataan yang menjelaskan suatu akibat, contohnya
 "Sayang, bila kamu tidak meminjamkan mainan in ke adikmu, Papa / Mama akan simpan mainan ini dan kamu berdua tidak boleh bermain. Mainan akan Papa / Mama keluarkan jika  kamu pinjamkan mainan itu ke adikmu. "
Tepati kenyataan kita dengan tindakan.

4. Bicara Tidak Tepat Sasaran/Tidak Jelas Maksud
Pernahkah kita mengherdik anak dengan ayat seperti, 
"Papa / Mama tidak suka bila kamu begini / begitu!" Atau "Papa / Mama tidak mau kamu berbuat seperti itu lagi!"
Namun kita lupa menjelaskan secara terperinci dan dengan baik, hal-hal atau tindakan apa saja yang kita inginkan. Anak tidak pernah tahu apa yang diinginkan atau diperlukan oleh ibubapanya dalam hl seperti itu.Akibatnya anak terus mencuba sesuatu yang baru. Dari banyak percubaan yang dilakukannya, tetapi selalu dikatakan salah oleh ibubapanya. Hal ini mengakibatkan mereka mengulangi dengan sengaja untuk melakukan hal-hal yang tidak disukai oleh ibubapanya. Tujuannya untuk mrmbuat ibubapanya kesal sebagai mana anak juga kesal apabila tindakannya selalu salah di hadapan ibubapa.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Sampaikanlah hal-hal atau tindakan yang kita inginkan atau perlukan ketika kita menegur perilaku atau hal yang tidak kita sukai.Berkomunikasi dengan berkesan tentang hal atau perilaku yang kita inginkan atau perlukan. Apabila mereka sudah melakukan segala perkara atau perilaku yang kita inginkan atau perlukan, ucapkanlah terima kasih dengan tulus dan penuh kasih sayang atas segala usahanya untuk berubah.
5. Menekankan pada Hal-hal yang salah
Ramai ibubapa sering mengadu tentang anak-anaknya tidak patuh dan suka bertengkar. Ketika anak bertengkar, perhatian kita tertuju pada mereka, kita cuba melerai atau bahkan memarahi. Tapi apakah kita sebagai ibubapa pernah melihat ketika mereka sedang bermain dengan leka? Kita selalu menganggap bahawa tidak perlu menyapa mereka kerana mereka sedang leka.Situasi ini adalah salah, kerana akan menggalakkan mereka untuk bertengkar agar dapat menarik perhatian ibubapanya,
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Beri pujian setiap kali mereka sedang seronok bermain, setiap kali mereka berkongsi mainan antara mereka dengan ayat mudah difahami. Peluklah mereka sebagai tanda senang dan sayang.

6. Merendahkan Diri Sendiri
Apa yang anda lakukan jika melihat anak anda bermain Playstation lebih dari belajar? Mungkin ini ayat yang sering kita ucapkan pada mereka, 
"Tutup PS itu, nanti papa marah bila dia balik kerja petang ni !" 
Atau kita ungkapkan dengan kenyataan lain, namun tetap dengan bentuk yang mungkin ditakuti oleh anak. Contoh pernyataan ancaman diatas adalah ketika yang ditakuti adalah  Papa.
Perhatikanlah ayat ancaman tersebut. Kita tidak sedar bahawa kita telah mengajarkan pada anak bahawa yang mampu untuk menghentikan mereka main PS adalah bapanya, maksudnya hanya si ayah saja yang ditakuti. Jangan hairan jika anak tidak mengendahkan perkataan kita kerana kita tidak mampu menghentikan mereka bermain PS.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Dekati anak, tatap matanya, dan katakan dengan nada serius bahawa kita ingin dia berhenti main sekarang atau berikan pilihan, contohnya : 
"Sayang, Papa / Mama nak kamu mandi. Nak mandi sekarang atau lima minit lagi? "Bila jawapannya" lima minit lagi Pa / Ma ". Kita jawab kembali, "Baik, selepas lima minit kamu mesti mandi. Tapi jika tidak berhenti selepas lima minit, dengan terpaksa papa / mama akan simpan PS sampai esok ".
Selepas lima minit, dekati si anak, tatap matanya dan katakan telah cukup lima minit. Jika anak tidak berganjak, teruskan menyimpan PS tersebut.

7. Ibubapa Tidak Tegas
Mendidik anak bukan hanya tanggungjawab para ibu atau bapa sahaja, tapi kedua-duanya. Ibubapa harus mempunyai kata sepakat dalam mendidik anak-anaknya. Anak mudah menangkap rasa yang menyenangkan dan tidak menyenangkan bagi dirinya. Contoh, seorang ibu melarang anaknya menonton TV dan memintanya untuk mengerjakan kerja sekolah, namun pada masa yang sama, si bapa membela si anak dengan ayat tidak mengapa menonton TV terus agar anak tidak stress. Jika hal ini terjadi, anak akan menilai ibunya jahat dan bapanya baik, akibatnya setiap kali ibunya memberi perintah, ia akan mula melawan dengan berlindung dengan pembelaan bapanya. Begitu juga sebaliknya.  Di hadapan anak, jangan berbeza pendapat untuk hal-hal yang berkaitan dengan persoalan mendidik anak. Pada masa salah seorang dari kita sedang mendidik anak, maka pasangan kita harus menyokongnya. Contoh, ketika si ibu mendidik anaknya untuk berlaku baik terhadap si kakak, dan si ayah harus menyokong pernyataan, "Betul kata mama, Dik. kamu perlu sayang dan hormati kakak .... "

8. Campur Tangan Datuk, Nenek, Saudara, atau Pihak Lain
Ibubapa berusaha untuk bertegas dan sepakat satu sama lain dalam mendidik anak-anak, tiba-tiba ada pihak ke-3 yang muncul dan cenderung membela si anak. Pihak ke-3 yang dimaksudkan seperti datuk, nenek,bapa saudara, ibu saudara atau pihak lain di luar keluarga.
Seperti kebiasaan ke-7 (ibubapa tidak tegas), kesan ke anak tetap negatif bila dalam satu rumah terdapat pihak luar yang campur tangan dalam hal mendidik anak. Anak akan cenderung berlindung pada orang yang membelanya dan juga cenderung melawan ibubapanya.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Pastikan dan yakinkan kepada siapa pun yang tinggal di rumah kita untuk sepakat dalam mendidik dan tidak mencampuri pada masa proses mendidik anak. Berikan penerangan  dengan bahasa yang boleh diterima baik oleh para pihak ke-3.

9. Menakutkan Anak
Kebiasaan ini dilakukan oleh ibubapa semasa anak menangis dan berusaha untuk menenangkan dia. Kita juga terbiasa mengugut anak untuk mengalihkan perhatiannya, 
"Ada pengawal keselamatan, tidak boleh beli mainan itu!" 
Hasilnya memang anak sering kali berhenti merengek atau menangis, namun secara tidak sedar kita telah menanamkan rasa takut atau benci pada institusi atau pihak yang kita sebutkan .
Sebaiknya, berkata dengan jujur ​​dan terangkan kepada anak seperti kita menerangkan kepada orang dewasa kerana anak-anak juga mampu berfikir dewasa. Jika anak tetap memaksa, katakanlah dengan penuh makna dan tataplah matanya, "Kamu boleh menangis, tapi papa / mama tetap tidak akan membelikan gula-gula." Biarkan anak kita yang memaksa tadi menangis hingga diam dengan sendirinya.

10. Ucapan dan Tindakan Tidak Sesuai/Tidak Selaras
Konsisten mutlak diperlukan dalam mendidk anak. Konsisten merupakan kesesuaian antara yang dinyatakan dan tindakan. Anak mempunyai ingatan yang tajam terhadap suatu janji, dan ia sangat menghormati orang-orang yang menepati janji baik untuk memberi hadiah atau janji untuk memberi hukuman. Jangan pernah menabur janji kepada anak dengan tujuan untuk memujuknya, agar ia mengikuti permintaan kita seperti segera mandi, selalu belajar, tidak menonton televisyen. Fikirlah terlebih dahulu sebelum berjanji sama ada kita benar-benar boleh memenuhi janji tersebut. Jika ada janji yang tidak boleh dipenuhi segeralah minta maaf, berikan alasan yang jujur ​​dan minta dia untuk menentukan apa yang kita boleh lakukan bersama anak untuk menukar janji itu.

11. Hadiah untuk Kelakuan Buruk Anak
Acapkali kita tidak konsisten dengan kenyataan yang pernah kita nyatakan. Bila hal ini terjadi, tanpa kita sedari kita telah mengajar anak untuk melawan kita.Contoh klasik dan sering terjadi adalah pada saat kita bersama anak di tempat awam, anak merengek meminta sesuatu dan rengekannya menjadi jeritan dan ada gerak perlawanan. Anak terus mencari akal agar keinginannya dipenuhi, dan menyebabkan kita malu. Pada masa inilah kita seringkali kalah kerana tidak sabar lagi dengan rengekan anak kita.Akhirnya kita mengiyakan keinginan si anak. 
"Ya sudah; kamu ambil satu pemainannya. Satu saja ya! "
Kenyataan tersebut adalah sebagai hadiah bagi perilaku buruk si anak. Anak akan mempelajarinya dan mengulangi pada hari lain bahkan mungkin dengan cara yang lebih lagi.
Menghadapi keadaan seperti ini, tetaplah konsisten; tidak perlu malu atau takut dikatakan sebagai ibubapa yang tidak mwngawal anaknya. Ingatlah selalu bahawa kita sedang mendidik anak, apabila kita konsisten dan tegas anak tidak akan mengulangi lagi. Tetaplah KONSISTEN dan pantang menyerah! Apapun alasannya, jangan pernah memberi hadiah pada perilaku buruk si anak.
12. Rasa Bersalah Kerana Tidak Boleh Memberikan yang Terbaik
Kehidupan metropolitan telah memaksa sebahagian besar ibubapa banyak menghabiskan masa di pejabat dan di jalan raya daripada bersama anak.Terbatasnya masa inilah yang menyebabkan ramai ibubapa merasa bersalah atas situasi ini. Akibat dari perasaan bersalah ini, kita, membenarkan perangai buruk anak dengan ungkapan yang sering dilontarkan, 
"Biarlah dia seperti ini mungkin kerana saya jarang meluangkan masa dengannya ..."
Semakin kita merasa bersalah terhadap keadaan, semakin banyak kita menyemai tingkah laku buruk anak. Semakin kita maklum tingkah laku buruk anak, anak juga akan semakin sering melakukannya. Sebahagian besar tingkah laku anak bermasalah yang pernah saya (penulis) hadapi banyak berpunca dari cara ibubapa berfikir yang seperti ini.
Apa yang sebaiknya kita lakukan? 
Kita tidak boleh membandingkan keadaan sosial ekonomi dan masa kita dengan orang lain. Setiap keluarga mempunyai masalah yang tersendiri. Ada orang yang punya kelebihan dari segi kewangan tapi kesuntukan masa bertemu dengan anak, dan sebaliknya. Jangan pernah memikirkan hal yang tidak baik. Lakukanlah pendekatan berkualiti jika kita hanya mempunyai sedikit masa; gunakan masa yang minimum itu untuk berkongsi sepenuhnya dengan anak. Memang tidak mudah tapi lakukanlah demi mereka dan keluarga kita, anak akan terbiasa.

13. Mudah menyerah dan pasrah
Setiap manusia mempunyai watak yang berbeza-beza, ada yang lembut dan ada yang keras.Kebanyakan ciri watak yang dimiliki oleh ibubapa adalah kurang tegas, mudah menyerah, selalu takut salah dan cenderung mengalah/pasrah. Konflik ini biasanya berlaku bila mempunyai anak yang berwatak keras. Akibatnya, si anak jauh lebih dominan untuk mempengaruhi keputusan dan ibubapa sukar mengawal tingkah laku anaknya dan cenderung pasrah. 

Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Belajar dan berusaha dengan keras untuk menjadi lebih tegas dalam mengambil keputusan, tingkatkan watak keteguhan hati dan pantang menyerah. Jika perlu, ambil orang yang kita anggap tegas untuk jadi penasihat harian kita.

14. Marah Yang Berlebihan
Kita seringkali menyamakan antara mendidik dengan memarahi. Perlu diingat, memarahi adalah salah satu cara mendidik yang paling buruk.Pada saat memarahi anak, kita bukan sedang mendidik mereka, melainkan melepaskan geram atau kekesalan kerana kita tidak boleh mengatasi masalah dengan baik. Marah juga hanya usaha untuk melemparkan kesalahan pada pihak lain [dan biasanya yang lebih lemah seperti anak-anak].
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Jangan bercakap ketika marah! Jadi tahanlah dengan cara yang selesa untuk kita lakukan seperti masuk bilik mandi atau ke mana-mana sehingga marah reda. Yang perlu dilakukan adalah bicara "tegas" bukan bicara "keras".Bicara yang tegas adalah dengan nada yang rata, dengan serius dan menatap wajah serta matanya dalam dalam. Bicara tegas adalah bicara pada ketika fikiran kita rasional, sedangkan bicara keras adalah pada masa fikiran kita dikuasai emosi.
Satu contoh lagi yang kurang baik, ketika marah biasanya kita emosi dan mengucapkan / melakukan hal hal yang kelak kita sesali, setelah ini terjadi, biasanya kita akan menyesal dan berusaha memperbaikinya dengan membolehkan hal-hal yang sebelumnya kita larang. Bila hal ini berulang kali, maka anak kita akan selalu berusaha memancing marah kita, dan kesudahannya si anak menikmati hasilnya. Anak yang sering dimarahi tidak akan jadi lebih baik.

15. Ego Untuk Menyapa
Kita pasti pernah mengalami bahawa kita terlanjur marah besar pada anak, biasanya marah terbawa lebih dari sehari, akibat dari rasa kesal yang masih tersisa dan rasa ego, kita enggan menyapa anak kita. Masing-masing menunggu untuk memulakan kembali hubungan yang normal.
Apa yang perlu kita lakukan agar komunikasi cair kembali? Siapa yang seharusnya memulakan? Kita sebagai ibubapalah yang seharusnya memulakan masa anak mula menunjukkan tanda-tanda perdamaian dan mengikuti keinginan kita. Dengan cara ini kita dapat menunjukkan kepada anak bahawa kita tidak suka pada sikap anak, bukan pada peribadinya.

16. Memaklumi/Menerangkan yang tidak kena pada tempatnya
Ini biasanya berlaku pada kebanyakan ibubapa konservatif. Contohnya melihat anak lelaki yang suka mengusik, nakal, ibubapa suka mengatakan, 
"Alah, anak lelaki memang begitu" atau ketika melihat kakak dan adik bertengkar, ibunya berkata "maklumlah ... namanya juga anak anak". Atau ketika si anak memukul teman, ibubapa masih juga membela dengan mengatakan " maklumlah namanya juga anak anak. Tak sengaja . "
Bila kita selalu membela tindakan salah yang dilakukan anak-anak, automatik si anak berfikir sikapnya betul, dan akan menjadi teruk jika terbawa sehingga ke dewasa.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Tidak perlu menerangkan hal yang tidak perlu, kita harus mendidik setiap anak sesuai dengan sifat dasarnya. Setiap anak boleh dididik dengan tegas [ingat: bukan keras] sejak usia 2 tahun. Semakin awal usianya, semakin mudah untuk dikendalikan dan diajak kerjasama. Anak kita akan bekerjasama jika kita selalu mengajaknya dialog dari hati ke hati, tegas, dan konsisten. Ingat, tidak perlu menunggu sehingga usianya dewasa, kerana semakin bertambah usia, semakin tinggi tahap kesukaran untuk mengubah sikap buruknya.

17. Penggunaan istilah yang tidak jelas maksudnya
Ibubapa kerap menggunakan kenyataan seperti "Jaga ye, kalau kamu nak ikut mama / papa, tidak boleh nakal!" Atau, "Ingat, kalau nanti ikut dengan mama / papa, jangan memalukan mama", boleh juga terungkap , "kalau nak jalan jalan ke taman permainan, jangan macam macam ya".
Tanpa disedari kita sering menggunakan istilah yang sukar difahami atau bermakna lain. Istilah ini akan mengelirukan anak kita. Dalam hati mereka bertanya apa yang dimaksudkan dengan nakal, tingkah laku apa yang termasuk dalam kategori nakal, begitu pula dengan istilah "jangan macam macam", tingkah laku apa yang termasuk kategori "macam macam". Anak menjadi keliru.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Bercakap dengan jelas dan tertentu, Contohnya 
"Sayang, kalau kamu nak ikut mama / papa, tidak boleh minta mainan, gula-gula, dan tidak boleh menejrit di juruwang seperti dulu ye". 
Hal ini penting agar anak mengetahui batasan-batasan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan, serta jangan lupa bersetuju apa akibatnya bila perjanjian ini dilanggar.

18. Mengharap Perubahan Segera
Kita terbiasa hidup dalam budaya yang serba segera, seperti mee segera, susu segera, minuman segera. Sehingga bila anak berbuat salah, kita inginkan perubahan yang segera juga, contoh ketika biasa terlambat bangun, tidak mengemas tempat tidur, sukar dimandikan, kita ingin agar anak kita berubah mendadak dalam jangka masa sehari.
Apabila kita sering memaksa perubahan pada anak kita dalam waku singkat, kemungkinan besar anak sukar memuaskan. Dan ketika dia gagal dalam memenuhi keinginan kita, anak akan kecewa dan tidak yakin boleh melakukannnya lagi. Akibatnya dia memilih untuk melakukan perlawanan seperti banyak memberi alasan, acuh tak acuh, atau marah-marah pada adiknya.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Jika kita mengharapkan perubahan pada anak, berilah masa untuk setiap fasa perubahan yang rasional untuk boleh dicapainya. Elakkan membuat target perubahan yang tidak mungkin boleh dicapainya. Ajaklah dia untuk melakukan perubahan dari hal yang paling mudah. Biarkanlah dia memilih hal yang paling mudah untuk diubah. Kejayaannya untuk melakukan perubahan tersebut boleh memotivasikan anak untuk melakukan perubahan lain yang lebih sukar. Puji dan jika perlu raikan kejayaan yang dicapainya, sekecil dan semudah apapun perubahan itu. Hal ini untuk menunjukkan betapa seriusnya perhatian kita terhadap usaha yang telah dilakukannya. Tumpukan perhatian dan pujian kita pada usahanya, bukan pada hasilnya.

19. Bukan Pendengar yang Baik
Sebahagian besar ibubapa adalah bukan pendengar yang baik bagi anak anaknya.Benarkah? Bila ada suatu masalah yang terjadi pada anak, ibubapa lebih suka menyampuk, terus menasihati tanpa bertanya permasalahannya serta asal usul kejadiannya.
Sebagai contoh, anak kita baru saja pulang sekolah yang sepatutnya pulang waktu tengahari tetapi sampai di rumah pada waktu petang. Ibubapa menjadi risau dan menunggu kepulangan anak. Ketika anak kita sampai dan masih penat, kita terus menyambutnya dengan pelbagai pertanyaan dan bebelan. Bila anak hendak bicara, kita selalu memotongnya. Akibatnya anak tidak ingin bercakap dan marah pada kita.
Bila kita tidak berusaha mendengar mereka, maka mereka pun akan bersikap seperti itu pada kita dan akan belajar mengabaikan kita.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Jika kita tidak ingin hal ini terjadi, maka mulai saat ini jadilah pendengar yang baik. Dengarkan setiap ucapannya. Ajukan soalan-soalan untuk menunjukkan minat kita akan persoalan yang dihadapinya.

20. Selalu menuruti permintaan anak.
Apakah anak kita adalah anak tunggal? Atau anak lelaki yang ditunggu-tunggu dari beberapa anak perempuan kakak-kakaknya? Atau mungkin anak yang sudah bertahun-tahun ditunggu tunggu? Fenomena ini seringkali menjadikan ibubapa teramat sayang pada anaknya sehingga apa saja kemahuan dituruti.
Seperti Raja Kecil, semakin hari tuntutannya semakin banyak dan kuat, jika menjadi kebiasaan akan sukar dibendung. Anak yang dididik dengan cara ini akan menjadi anak yang ego, tidak inign bertolak ansur, dan tidak boleh bersosial.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Betapa sayangnya kita pada anak, janganlah pernah mengamalkan cara didikan seperti ini. Rasa sayang tidak perlu di tunjukkan dengan menuruti segala kemahuannya. Jika kita sayang, maka kita harus mengajar tentang nilai baik dan buruk, yang benar dan yang salah, yang boleh dan yang tidak boleh. Jika tidak, rasa sayang kita akan membuatnya jadi anak yang mementingkan diri sendiri.

21. Terlalu Banyak Larangan
Ini adalah bertentangan dari kebiasaan di atas. Ibubapa jenis ini cenderung  menjadikan anak seperti apa yang kita inginkan secara SEMPURNA, kita cenderung membentuk anak kita sesuai dengan keinginan kita; anak kita harus begini tidak boleh begitu; dilarang melakukan ini dan itu.
Sehingga anak tidak tahan lagi dengan cara kita, dia pun akan memberontak, baik dengan cara menyakiti diri,memberontak dalam diam atau dengan terbuka. Oleh itu, kurangkan sifat kesempurnaan kita, berilah izin kepada anak untuk melakukan perkara yang baik dan positif. Berlatih untuk selalu berdialog agar kita boleh melihat dan memahami sudut pandang orang lain. Bangkit dengan situasi saling mempercayai antara anak dan kita. Kurangkan jumlah larangan yang berlebihan dengan meminta pertimbangan pada pasangan kita. Gunakan kesepakatan untuk memberikan batas yang lebih baik. Contoh
"kamu boleh keluar tapi jam 9 malam harus tiba di rumah. Jika kemungkinan pulang lambat, segera beritahu Papa / Mama.

22. Terlalu Cepat Membuat Kesimpulan
Ini adalah kesan akibat tidak menjadi pendengar yang baik. Kita kerap memotong perbualan ketika anak sedang memberi penjelasan, dan akan membuat kesimpulan akhir yang biasanya akan memburukkan atau mengecewakan anak. Padahal kesimpulan kita belum tentu benar, dan seandainya benar, cara seperti ini akan menyakitkan hati anak kita.
Seperti contoh anak yang balik lewat. Anak terlambat balik dan hendak menjelaskan sebabnya, kita memotong ayatnya dengan ungkapan, "Sudah! jangan bagi alasan " atau " Ah, Papa / Mama tahu, kamu pasti menyimpang ke tempat lain kan?! ".
Jika kita melakukan kebiasaan ini terus menerus, anak akan berfikir kita adalah ibubapa yang tidak mahu memahami keadaan dan menjengkelkan. Lalu mereka tidak ingin bercerita atau bercakap lagi, dan akibat anak akan benar-benar melakukan hal-hal yang kita tuduhkan padanya. Anak tidak ingin mendengar nasihat kita lagi, dan pada tahap yang paling teruk, dia akan pergi ketika kita sedang berbicara padanya. Pernahkah anda mengalami hal ini?
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Jangan pernah memotong percakapan dan membuat kesimpulan terlalu awal.Tak seorang pun yang suka bila percakapannya dipotong, apalagi ceritanya disimpulkan oleh orang lain.
Dengarkan, dengarkan, dan dengarkan sambil memberikan tanggapan positif dan bersemangat. Ada masanya kita akan diminta untuk bercakap, tentunya setelah anak selesai dengan ceritanya. Bila anak sudah membuka soalan, "bagaimana,ibu/ayah?" Ertinya dia sudah sedia untuk mendengar pertuturan atau komen kita.

23. Mengungkit Kesalahan Masa Lalu
Akibat bukan pendengar yangbaik dan terlalu cepat membuat kesimpulan akan berlanjutan dengan hal yang menyakitkan hati anak, dengan mengungkit rekod kesalahan yang pernah dibuat oleh anak. Contohnya, "kan Papa / Mama dah cakap? Kamu tidak pernah nak mendengar, sekarang tengok apa dah jadi. Jadi kena dengar cakap mama / papa".
Kiat berharap dengan mengungkit kejadian masa lalu, anak akan belajar dari kesilapan. Namun yang terjadi adalah sebaliknya, anak akan sakit hati dan berusaha mengulangi kesalahannya sebagai tindakan balasan dari sakit hatinya.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Jika kita tidak ingin anak berkelakuan buruk lagi, janganlah diungkit-ungkit masa lalunya. Cukup dengan tatapan mata, jika perlu rangkullah dia. Ikutlah berempati sampai dia mengakui kesalahan dan kekeliruannya. Ucapkan kenyataan seperti "manusia itu tempatnya salah dan lupa, semoga ini menjadi pelajaran berharga buat kamu", atau "Papa / mama bangga kamu boleh mencari hikmah positif dari kejadian ini". Jika ini yang kita lakukan, anak akan lebih mendengar nasihat kita. Cuba dan buktikanlah!.

24. Suka Membandingkan
Hal yang paling menyakitkan adalah ketika kita membandingkan dengan orang lain.Bila kita sedang berada di suatu majlis dan bertemu dengan orang yang berpakaian hampir sama atau berwarna sama, kita merasa tidak selesa untuk berdekatan. 
Secara psikologi, kita sangat tidak suka bila kehadiran kita baik secara fizikal atau sifat-sifat kita dibanding dengan orang lain. Cuba ingat  pengalaman kita bila ada orang yang membandingkan kita, bagaimana perasaan kita saat itu?
Tetapi, kebanyakan ibubapa sering melakukan hal ini pada anaknya - membandingkan anak yang malas dengan yang rajin. Anak yang kemas dengan yang comot. Anak yang cekap dengan anak yang lembap. Anak yang mendapat markah tinggi di sekolah dengan anak yang markah rendah. Ayat yang sering terdengar biasanya seperti, "Cuba kamu rajin belajar seperti adik, mesti markah kamu tidak seperti ini!".
Jika kita tetap melakukan kebiasaan ini, beberapa akibat akan berlaku; anak kita semakin tidak menyukai kita. Anak yang dibandingkan akan iri dan dengki dengan yang dibanding. Anak yang menjadi pembanding akan merasa sombong dan bongkak.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Tiap manusia dilahirkan dengan watak dan sifat yang unik. Jangan sesekali membandingkan antara satu sama lain. Catat perubahan setiap sikap anak. Jika ingin membandingkan, bandingkanlah dengan sikap mereka di masa lalu, ataupun dengan nilai-nilai ideal yang ingin mereka capai. Contohnya, "Eh, biasanya anak papa / mama suka mengemas tempat tidur, kenapa hari ini tak ya?"

25. Sentiasa Betul dan Tahu Segalanya
Egosentrik (bersifat mementingkan keperluan sendiri sahaja (tanpa mengendahkan keperluan orang lain) terjadi pada anak usia 1-3 tahun. Usia tersebut adalah masa apabila anak merasa paling benar dan memaksakan kehendaknya. Tapi sifat ini terbawa dan masih banyak dimiliki oleh ibubapa. Contoh ungkapan orang tua, "ah kamu ini masih hingusan, bukan tau apa soal hidup." Atau, "kamu tau tak, papa / mama ini sudah banyak makan asam garam kehidupan, jadi tak payah bagi nasihat dengan kami!".
Jika kita mempunyai kebiasaan seperti ini, kita telah membuat proses komunikasi dengan anak ke arah jalan buntu. Walaupun maksud kita adalah untuk menunjukkan kelebihan kita di depan anak, tapi yang ditangkap anak adalah semacam kesombongan yang luar biasa, dan tentu saja tak seorang pun ingin mendengar nasihat orang yang sombong.
Apa yang seharusnya kita lakukan?
Seringkali usia dijadikan acuan tentang banyaknya pengetahuan dan pengalaman. Pada zaman dulu hal ini boleh jadi benar, namun sekarang, keadaan itu tidak berlaku lagi. Siapa yang lebih banyak mendapatkan maklumat dan mengikuti kegiatan, maka dialah yang lebih banyak tahu dan berpengalaman.
Jadi janganlah merasa menjadi orang yang paling tahu, paling hebat, paling alim. Dengarkanlah setiap input yang datang dari anak kita.

26. Saling Melepaskan Tanggungjawab
Mendidik anak menjadi tanggungjawab ibubapa. Bila kedua belah pihak merasa kurang bertanggungjawab, maka proses pendidikan anak akan terasa tempang dan jauh dari berjaya. Lagi teruk, bila ibubapa sudah mula merasakan kesan perlawanan dari anak-anaknya, yang sering terjadi malah saling menyalahkan satu sama lain.
Kenyataan yang kerap muncul adalah, "kamu tak pandai nak mendidik anak", dan kemudian dibalas "sedapnya bercakap, kamu sendiri selama ini ke mana?!". Jika cara ini yang dipertahankan dalam keluarga, adakah menyelesaikan masalah? Tunggu saja hasilnya, pasti ibubapalah yang akan menuai hasilnya, anak akan merasa sikap buruknya adalah bukan kerana kesalahannya, tapi kerana ketidaksepakatan ibubapanya. Jelas anak tidak akan merasa dididik malah semakin berkelakuan buruk.
Apa yang seharusnya kita lakukan?
Hentikan saling menyalahkan. Ambillah tanggungjawab sebagai ibubapa secara seimbang.keberhasilan pendidikan terletak di tangan ibubapa. Pendidikan adalah kerja sama pasukan,  bukan individu. Jangan gunakan alasan tidak ada masa, semua orang mempunyai masa 24 jam sehari, jadi aturlah masa kita dengan berbagai macam cara dan berbincang selalu dengan pasangan kita.

27. Kakak/Abang Harus Selalu Mengalah
Kebiasaan anak yang lebih tua harus selalu mengalah pada yang lebih muda. Seolah-olah hal itu sudah menjadi budaya. Tapi sebenarnya, adakah dasar logiknya dan di mana prinsip keadilannya?
Ada satu contoh nyata seperti berikut:
Ada seorang kakak beradik, kakak bernama Dita dan adik bernama Rafiq.Neneknya selaku pengasuh utama selalu memarahi Dita ketika Rafiq menangis.Tanpa mengetahui siapa yang salah dan benar, si Nenek selalu membela si adik dan meletakkan kesalahan pada kakaknya. "Kenapa dengan kamu ini ? Sudah besar tapi tak nak mengalah dengan adik. "Begitulah ucapan yang keluar dari mulut si Nenek. Terkadang disertai dengan cubitan pada kakaknya.
Apa yang terjadi selanjutnya? Dita menjadi anak yang tidak mempunyai rasa percaya diri. Dia pun mula membenci adiknya. Lama kelamaan Dita mula banyak melawan atas ketidakadilan ini, dan yang terjadi kemudian adalah kedua bersaudara ini makin sering bertengkar. Sementara Rafiq yang selalu dibela menjadi makin ego dan makin berani menyakiti kakaknya, selalu merasa benar dan memberontak. 
Apa yang seharusnya kita lakukan?
Anak perlu diajar untuk memahami nilai benar dan salah atas perbuatannya.Nilai benar dan salah tidak mengenal faktor usia. Benar selalu benar dan salah selalu salah berapa pun usia pelakunya.
Berlakulah adil. Ketahuilah maklumat secara lengkap sebelum mengambil keputusan. Jelaskan nilai benar dan salah pada anak.

28. Menghukum Secara Fizikal
Dalam keadaan emosi, kita selalu sensitif dengan sikap anak, bermula dengan suara keras, dan kemudian meningkat menjadi tindakan fizikal yang menyakiti anak.
Jika kita terbiasa dengan keadaan ini, kita telah mendidiknya menjadi anak yang  degil, suka menyakiti orang lain dan memberontak. Perhatikan jika mereka bergaul dengan rakan sebaya. Percaya atau tidak, anak akan meniru tindakan kita yang suka memukul. Anak yang suka memukul rakannya pada umumnya adalah anak yang sering dipukul di rumahnya.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Jangan pernah sekalipun menggunakan hukuman fizikal kepada anak - mencubit, memukul, atau menampar bahkan ada juga yang pakai alat seperti  tali pinggang atau rotan.
Gunakanlah kata kata atau dialog, dan jika cara dialog tidak berjaya maka cubalah nilai diri kita. Cari jenis kebiasaan yang salah yang selama ini telah kita lakukan dan menyebabkan anak kita berkelakuan seperti ini.

29. Menunda atau Membatalkan Hukuman
Kita semua tahu bahaya yang luar biasa dari merokok, mula dari kanser, mati pucuk, gangguan kehamilan dan janin. Tapi mengapa masih banyak yang tidak peduli dan tetap degil untuk terus menjadi perokok? Jelas kerana akibat dari merokok itu terjadi kemudian dan bukan ketika itu juga.
Begitu juga dengan anak kita. Jika anda menjanjikan sebuah akibat hukuman atau hukuman bila anak berkelakuan buruk, jangan menunggu masa yang terlalu lama, melambatkan, atau bahkan membatalkan kerana alasan lupa atau kasihan.
Bila telah terjadi kesepakatan antara kita dan anak seperti tidak boleh minta dibelikan gula-gula atau mainan dan ternyata anak cuba cuba untuk merengek, kita ingatkan kembali pada kepadanya tentang perjanjian yang kita buat bersama. Anak biasanya akan berhenti merengek. Namun malangnya ketika anak berhenti merengek, kita menganggap masalah susah selesai dan akhirnya kita menunda atau bahkan membatalkan hukuman entah kerana lupa atau kasihan. Apa akibatnya? Anak akan mempunyai anggapan bahawa kita hanya bercakap kosong, maka mereka akan mempunyai kecenderungan untuk melanggar perjanjian kerana hukuman tidak dilaksanakan.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Jila kita sudah mempunyai kesepakatan dan anak melanggarnya, maka sekatan perlu dilaksanakan, jika kita kasihan, kita boleh mengurangkan hukumannya, dan usahakan hukumannya jangan bersifat fizikal, tapi seperti pengurangan masa menonton tv, ataupun bermain video game.

30. Terpancing Emosi
Jika ada keinginannya yang tidak dipenuhi, anak sering kali merengek, menangis, berguling dsb, dengan tujuan memancing emosi kita yang akhirnya kita marah atau mengalah. Jika kita terpancing oleh emosi anak, anak akan merasa menang, dan merasa boleh mengendalikan ibubapanya. Anak akan terus berusaha mengulanginya pada kesempatan lain dengan pancingan emosi yang lebih besar lagi.
Apa yang seharusnya kita lakukan?
Yang terbaik adalah diam, tidak bercakap, dan tiada tindak balas. Jangan pedulikan rengekan anak kita. Bila anak menangis katakan padanya bahawa tangisannya tidak akan mengubah keputusan kita. Bila anak tidak menangis tapi tetap masih membuat hal, kita katakan saja bahawa kita akan mempertimbangkan keputusan kita dengan syarat si anak tidak membuat hal lagi. Selepas pernyataan itu kita keluarkan, lakukan aksi diam. Tatap dengan mata pada anak, hingga ia berhenti mengadu/membuat hal. Proses ini memerlukan masa lebih dari 30 minit dan tabahlah untuk melakukannya. Dalam proses ini kita jangan malu pada orang yang memperhatikan kita; dan jangan pula ada orang lain yang berusaha menolong anak kita yang sedang membuat hal tadi. SEKALI KITA BERHASIL MEMBUAT ANAK KITA MENGALAH, maka selanjutnya DIA TIDAK AKAN MENGULANGI untuk yang kedua kalinya.

31. Menghukum Anak Saat Kita Marah
Hal yang perlu kita perhatikan dan selalu ingat adalah jangan pernah memberikan hukuman apa pun pada anak ketika emosi kita sedang memuncak. Pada saat emosi kita sedang tinggi, apa pun yang keluar dari mulut kita, baik dalam bentuk kata-kata mahupun hukuman akan lebih menyakiti dan menghakimi dan tidak menjadikan anak lebih baik. Kejadian tersebut akan terkesan pada anak biar pun telah berganjak dewasa. Anak juga boleh berdendam pada ibubapanya kerana sering mendapat perlakuan di luar batas.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Bila kita sedang marah segeralah menjauhi anak. Pilihlah cara yang tepat untuk boleh menurunkan marah kita dengan segera.
Apabila marah, kita akan memberikan hukuman yang berat pada anak, dan hanya akan menimbulkan pemberontakan baru yang lebih kuat daripada anak. Selepas emosi reda, barulah kita memberikan hukuman yang mendidik dan tepat dengan konteks kesalahan yang dibuat. Ingat, prinsip hukuman adalah untuk mendidik bukan menyakiti. Pilihlah bentuk sekatan atau hukuman yang mengurangkan aktiviti yang disukainya, seperti mengurangkan masa main game, atau bermain basikal.

32. Mengejek
Ibubapa yang biasa mengejek anaknya, seringkali secara tidak sedar telah membuat anak menjadi kesal. Dan ketika anak memohon kepada kita untuk tidak mengejeknya, kita malah semakin senang telah berjaya membuatnya kesal atau malu. Hal ini akan membina rasa tidak suka anak pada kita dan yang sering terjadi anak tidak menghargai kita lagi. Mengapa? Kerana ia menganggap kita juga seperti kawna-kawannya yang suka mengusik,
Apa yang seharusnya kita lakukan?
Jika ingin bergurau dengan anak kita, pilihlah bahan bergurau yang tidak membuatnya malu atau yang merendahkan dirinya. Akan jauh lebih baik jika seolah-olah kitalah yang jadi badut untuk ditertawakan. Anak kita tetap akan menghormati kita. Jagalah batas-batas dan elakkan bergurau yang boleh membuat anak kesal apalagi malu. Bagaimana caranya?Lihat ekspresi anak kita. Apakah kesal dan meminta kita segera menghentikannya? Bila ya, segeralah hentikan dan jika perlu meminta maaflah atas kejadian yang baru berlaku. Katakan bahawa kita tidak bermaksud merendahkannya dan kita berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

33. Menyindir
Terkadang kerana marahnya ibubapa sering didedahkan dengan kata-kata singkat yang pedas dengan maksud menyindir, seperti, "Tiba-tiba awal hari ini dah balik", atau " kamu pikir Mama / Papa ini pengawal keselamatan yang jaga pintu tiap malam ? ".
Kebiasaan ini tidak akan membuat anak kita menyedari akan sikap buruknya tapi malah sebaliknya akan membuat ia semakin menjadi-jadi dan menjaga jarak dengan kita. Kita telah menyakiti hatinya dan membuatnya tidak ingin berkomunikasi dengan kita.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?
Katakanlah secara langsung apa yang kita inginkan dengan kalimat yang tidak menyinggung perasaan, memalukan bahkan menyakiti hatinya. Katakan saja, "Sayang, Papa / Mama bimbang akan keselamatan kamu kalau balik lewat malam". Dan sebagainya.

34. Memberi Nama Gelaran yang Buruk
Kebiasaan memberikan gelaran yang buruk pada anak boleh mengakibatkan rasa rendah diri, tidak percaya diri, atau rasa benci. Adakalanya anak ingin membuktikan kehebatan gelaran atau gelaran tersebut pada orang tuanya.
Penyelesaiannya.
Menukar gelaran buruk dengan yang baik, seperti, anak baik, anak hebat, anak bijak. Jika tidak boleh menemuinya cukup dengan panggil dengan nama kesukaannya saja.

35. Mengumpan Anak yang Suka Membantah
Ketika anak marah, merengek atau menangis, meminta sesuatu dengan memaksa, kita biasanya mengalihkan perhatiannya kepada perkara atau barang lain. Hal ini dimaksudkan supaya anak tidak merengek lagi. Namun yang terjadi malah sebaliknya, rengekan anak semakin menjadi-jadi. Contohnya, anak menangis kerana ia minta dibelikan mainan, kemudian kita berusaha membuatnya diam dengan berusaha mengalihkan perhatiannya seperti, "Lihat ada kakak pakai baju warna apa tu ..." atau "Lihat ini, comelnya gambar ini"
Ingatlah selalu, pada saat anak kita sedang fokus pada apa yang dia mahu, ia akan memancing emosi kita dan emosinya sendiri akan menjadi sensitif. Anak kita pada umumnya adalah anak yang bijak. Dia tidak ingin dialihkan ke hal lain jika masalah ini belum ada kata sepakat penyelesaiannya. Semakin kita berusaha mengalihkan ke hal lain, semakin marahlah anak kita.
Apa yang sebaiknya dilakukan?
Selesaikan apa yang diinginkan oleh anak kita dengan membincangkan perkara itu dan membuat perjanjian di tempat, jika kita belum sempat membuat perjanjian di rumah. Katakan secara langsung apa yang kita inginkan terhadap permintaan anak tesebut, seperti "Papa / Mama belum boleh belikan mainan itu sekarang. Jika kamu nak, harus menabung terlebih dahulu. Nanti Papa / Mama ajar cara menabung. Bila kamu terus merengek kita tidak jadi jalan-jalan dan terus balik rumah. "Jika ayat ini yang kita katakan dan anak kita tetap merengek, segeralah kita pulang biar pun urusan belum selesai. Untuk urusan lain kita masih boleh menundanya. Tapi jangan sekali-kali menunda dalam mendidik anak.

36. Televisyen Sebagai Agen Pendidikan Anak
Perilaku anak terbentuk kerana 4 perkara:
Siapa yang lebih dulu mengajarkan kepadanya: kita atau TV?
Siapa yang dia percaya: apakah anak percaya pada kata-kata kita atau pada program TV?
Siapa yang menyampaikan dengan lebih menyenangkan: apakah kita menasihatinya dengan cara menyenangkan atau program-program TV yang lebih menyeronokkan?
Siapa yang sering menemaninya: kita atau TV?

Apa yang seharusnya kita lakukan?
Komunikasi dan buat pendekatan dengan menilai 4 hal tersebut yang menjadi faktor pembentuk perangai anak kita.
Menggantikannya dengan kegiatan di rumah atau di luar rumah yang padat.
Gantilah program TV dengan cerita pengetahuan yang lebih mendidik dan mencabar bermula dari kartun hingga CD dalam bentuk permainan pendidikan.

37. Mengajar Anak untuk Membalas
Sesetengah anak mempunyai kecenderungan suka memukul dan ada juga yang menjadi objek menerima pukulan dari rakan sebaya. Ibubapa biasanya tidak sabar melihat anak disakiti dan memprovokasi anak kita untuk membalasnya. Hal ini secara tidak langsung mengajar anak membalas dendam. Sebab pada saat itu emosi anak sedang sensitif dan apa yang kita ajarkan ketika itu akan diingatinya. Jangan terkejut bila anak kita sering membalas atau membalikkan apa yang kita sampaikan kepadanya.
Apa yang sebaiknya kita lakukan?:
a. Mengajar anak untuk mengelakkan rakan-rakan yang suka menyakiti.
b. Menyampaikan atau melaporkan pada ibubapa berkenaan bahawa anak kita sering dipukul atau dibuli dari anak tersebut.
c. Ajaklah ibubapa anak yang suka memukul untuk mengikuti program parenting baik di radio atau media lain.